Widget Random Post No.

17 Jun 2011 | Indikator Supaya Lebih Kuat Berusaha

Aku yakin dan percaya hari ini 17 Jun 2011 adalah "big day" kepada semua pelajar UiTM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.  Namun kepedulian aku hanya tertumpu kepada batch mates LL.B (Hons.) aku. Keputusan peperiksaan UiTM diumumkan hari ini dan ramai yang sudah tahu seawal pukul 1 pagi melalui emel.


Sebilangan pasti sangat berjaya dan barangkali ada yang kurang bernasib baik. Rezeki masing-masing sahabat, jadi jangan susah-susah hati. Sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik, berusaha lagi. Kejayaan ada bersama kita, cuma soal cepat atau lambat sahaja.

Aku peroleh emel lebih kurang 2 pagi, tetapi aku hanya tengok emel berkenaan dalam jam 3 pagi sebab waktu tu aku baru habis tengok Shutter Island. Filem yang agak menarik, daripada 10 bintang, aku 5 setengah.

Keputusan aku biasa-biasa sahaja. Tidak sampai tahap membanggakan pun. Keputusan ini menjadi indikator betapa semester hadapan perlu usaha yang lebih keras, fokus yang lebih besar, dan strategi yang lebih teratur. Perancangan perancangan perancangan. Sesuatu perlu dilakukan.

Tahniah kepada yang cemerlang, dan jangan berputus asa pada yang kurang cemerlang sedikit.
17 Jun 2011 | Indikator Supaya Lebih Kuat Berusaha 17 Jun 2011 | Indikator Supaya Lebih Kuat Berusaha Reviewed by faizalnizam on June 17, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. berapa bro?dapat dean tak?hari yg mendebarkan bukan?

    ReplyDelete
  2. @tengkorakemas
    jauh daripada nak dpt Dean List brother. jauh. next semester kena usaha kuat lagi.

    ReplyDelete
  3. faizal, bg la hint sket result ko. still 3 kn? aku nk mngukur result aku. benchmark nye kne la student yg pandai cm kau. aku ikhlas n serius ni =)

    ReplyDelete
  4. @anonymous
    apa kata ko hint kan dulu identiti ko. sungguh misteri sekali. kalau nak buat benchmark, ko kena ukur dengan bebudak class A. ukur ngan aku, mmg aku pun ke laut la.

    ReplyDelete
  5. ala klas b pn ape kurg nye

    ReplyDelete
  6. @anonymous
    ko memang nak kekal misteri ke? hahaha. cuba hintkan identiti ko.

    ush.. class B ngan A banyak beza gak. result aku tak membanggakan pun. cukup cukup je.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.