Isu laman web Malaysia digodam memang sedang hangat sekarang. Kehangatannya mungkin nanti sampai satu tahap boleh dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bicara hal politik, atmosfera pilihanraya umum semakin terasa lebih-lebih lagi sekarang hangat juga cerita BERSIH 2.0.
Perhimpunan yang dirancang akan diadakan pada 9 Julai nanti nampaknya sudah mendapat amaran awal. Amaran awal yang keras barangkali tetapi belum tentu akan dipatuhi.
Jika perhimpunan itu terjadi, barangkali pada masa hadapan kita tidak akan mampu lagi membaca laporan berita yang seperti berikut.
Aku tidak akan memberi pendapat samada perhimpunan tersebut wajar atau tidak wajar dilakukan. Aku juga tidak akan memberi pendapat sekiranya wajar, maka perlukah sedikit perubahan dilakukan supaya permit diperoleh.
Kerana dalam politik, menerima pendapat adalah salah satu perkara yang sukar dilakukan kerana mungkin boleh dikatakan dalam politik hampir semua orang merasakan dirinya betul dan orang lain salah. Barangkali itu juga memang "nature" manusia.
Ini politik kepartian bukan "political science". Lain kali aku kongsikan sedikit perbezaan antara politik parti yang kita faham dalam konteks hari ini dengan "political science".
Perhimpunan yang dirancang akan diadakan pada 9 Julai nanti nampaknya sudah mendapat amaran awal. Amaran awal yang keras barangkali tetapi belum tentu akan dipatuhi.
KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran keras akan menahan penganjur dan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang serentak di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, pada 9 Julai ini kerana dikhuatiri tindakan mereka menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit untuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0.
[sumber: berita harian]
Jika perhimpunan itu terjadi, barangkali pada masa hadapan kita tidak akan mampu lagi membaca laporan berita yang seperti berikut.
KUALA LUMPUR: Kajian The World Justice Project, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa bertajuk ‘Rule of Law Index’ menunjukkan Malaysia adalah antara negara berpendapatan sederhana tinggi yang paling selamat di dunia.
Kajian yang dijalankan di 66 negara juga meletakkan Malaysia lebih selamat berbanding negara kelas pertama seperti Perancis dan Belgium.
[sumber: berita harian]
Aku tidak akan memberi pendapat samada perhimpunan tersebut wajar atau tidak wajar dilakukan. Aku juga tidak akan memberi pendapat sekiranya wajar, maka perlukah sedikit perubahan dilakukan supaya permit diperoleh.
Kerana dalam politik, menerima pendapat adalah salah satu perkara yang sukar dilakukan kerana mungkin boleh dikatakan dalam politik hampir semua orang merasakan dirinya betul dan orang lain salah. Barangkali itu juga memang "nature" manusia.
Ini politik kepartian bukan "political science". Lain kali aku kongsikan sedikit perbezaan antara politik parti yang kita faham dalam konteks hari ini dengan "political science".
Julai Belum Tiba Tetapi Amaran Polis Telah Tiba Buat BERSIH 2.0
Reviewed by faizalnizam
on
June 16, 2011
Rating:

ada sesuatu yg perlu lebih diutamakan..tapi semua tu dikaburi perjuangan sendiri
ReplyDeletep/s:bro, research tu mcm berkait pula dgn sekatan file sharing dan godaman sekarang..hehe
kenapa la dorg nak buat perhimpuan bersih ni ye? hmm..
ReplyDeleteLeceh kalau ada rusuhan jalan tentu ada roadblock. Menyusahkan semua orang yang tidak terlibat dengan mogok
ReplyDeleteSejak pernah terperangkap dlm lot kedai kerana ada perhimpunan di depan Sogo beberapa tahun dulu, I fobia kalu ada perkara yang menyebut perhimpunan nih...
ReplyDeleteAyam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)
@tengkorakemas
ReplyDeletekalau betul-betul in good faith for sake of people, mmg ok bro. tp itulah, ada possibility benda tu for self-interest.
p/s: research tu mmg ada kaitan dengan isu berkenaan.
@nick irfan
sebab dieorang rasa pilihan raya kita selama ni tak telus. fundamental reason aku rasa and maybe not.
@biomed
memang leceh especially bagi mereka yang stay around KL. peniaga pun boleh rugi.
@kak azie
kesian kak azie. itulah kesan negatif perhimpunan seperti itu. kalau tak beri kesan pada orang tak terlibat takpe la jugak.