Widget Random Post No.

4 Tahun Penjara Denda RM235K Peguam Terima Rasuah

Kerana nila setitik rosak susu sebelangan. Siapalah yang tidak pernah mendengar pepatah ini. Karier sebagai pengamal undang-undang sepatutnya dipandang sebagai sesuatu yang mulia kerana ia melibatkan urusan menegakkan keadilan dan pembelaan hak-hak tertentu.

Sayangnya, ada peguam-peguam yang memburukkan imej bidang ini - salah satunya dengan meminta dan menerima rasuah. Ya, rasuah, bukan perkara baru dalam negara kita ini. Merata-rata kita dengar kisah rasuah merasuah.

KUALA LUMPUR: Seorang peguam dihukum penjara empat tahun dan denda RM235,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada anak guamnya, seorang doktor kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugut, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Ranjit Singh, 57, yang juga bekas pegawai kanan polis yang sudah berkhidmat selama 27 tahun sebelum bersara pada 2001 dan menjadi peguam.

Bagi tuduhan pertama meminta rasuah RM40,000 daripada Dr Chong Kuck Meng, 46, Rozilah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM200,000 terhadap Ranjit, manakala bagi tuduhan kedua menerima rasuah RM7,000, tertuduh dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM35,000.

[sumber: berita harian]

Apakah lagi yang akan dilakukan oleh Majlis Peguam dalam menangani permasalahan ini?
4 Tahun Penjara Denda RM235K Peguam Terima Rasuah 4 Tahun Penjara Denda RM235K Peguam Terima Rasuah Reviewed by faizalnizam on June 14, 2011 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.