Widget Random Post No.

Federal Reserve US Dah Kena Godam Ke?

Dalam beberapa hari ini hebat dikhabarkan perihal Laman Web Kerajaan akan diserang oleh para penggodam (hackers). Aku tidak pasti kebenarannya secara total, tetapi jika benar hackers bersedia mengambil langkah tersebut, maka ini barangkali satu "event" yang gah.


Manakala di Amerika;

Kumpulan penggodam Anonymous nampaknya sedang melakukan persiapan bagi sasaran mereka yang seterusnya iaitu Simpanan Persekutuan (Federal Reserve), dalam video yang dimuatnaik di YouTube mendesak Pengerusinya, Ben S. Bernanke supaya meletakkan jawatan.

Dalam video berkenaan, kumpulan penggodam berkenaan berkata bahawa hari Selasa akan menjadi "langkah pertama" untuk "bantahan awam" sehingga Bernanke mengundur diri.

Kumpulan penggodam berkenaan bertanggungjawab atas serangan siber yang telah menjejaskan laman sesawang polis Sepanyol minggu lepas dan juga beberapa divisyen dalam kerajaan Turki.

[sumber: washington post: klik untuk baca selanjutnya] 

Jadi bagaimanakah situasi di Malaysia. Adakah khabar-khabar berkenaan merupakan satu kebenaran atau sekadar satu retorik yang menakutkan? Kita hanya tunggu dan lihat.
Federal Reserve US Dah Kena Godam Ke? Federal Reserve US Dah Kena Godam Ke? Reviewed by faizalnizam on June 15, 2011 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.