Sudah beberapa ketika tidak menulis entri bahasa Melayu. Aku pun sudah tidak ingat kali terakhir aku menulis entri bahasa Melayu. 2,3 hari di arena blog, jika tidak silap aku heboh cerita Adinda Evans. Aku peduli tapi aku tidak mahu komen sebab merata-rata aku dah baca balasan-balasan yang ditulis oleh bloggers terhadap entri dia.
Hari ini adalah Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Konsep Raja Berpelembagaan yang kita amalkan sejak Malaysia merdeka merupakan satu faktor yang memboleh Malaysia dalam keadaan aman harmoni hingga sekarang serta terus bergerak maju.
Memang tidak dinafikan isu-isu lokal yang terjadi kebelakangan ini terutamanya permasalahan ekonomi dengan kenaikan harga barang dan ura-ura kenaikan harga minyak mencetuskan keadaan tegang di kalangan rakyat. Sebagai rakyat teruskan bersuara menyatakan pendapat dan rasa hati kalian terutamanya melalui blog.
Samada Kerajaan peduli atau tidak, itu isu. Sebagai sebuah negara yang membenarkan rakyat bersuara, bersuaralah selagi tidak mengancam keselamatan negara. Oh, aku sedang melakukan pembacaan tentang "Freedom of Information". Tentang undang-undang yang membolehkan rakyat mengetahui perkara-perkara yang pada asalnya ada dalam pengetahuan Kerajaan sahaja.
Jika kita mempunyai "Laws of Freedom of Information", ini akan membawa kepada Kerajaan yang lebih terbuka dan telus. Di United Kingdom undang-undang sudah wujud tetapi cadangan dalam White Paper nampaknya tidak diikuti secara total dalam Akta nya kerana terlalu banyak pengecualian.
Ah, aku bicara lagi tentang ini nanti. Mungkin nanti saya berkongsi sedikit tentang Official Secret Act [OSA].

Daulat Tuanku!
Reviewed by faizalnizam
on
June 04, 2011
Rating:
berapa ramai dah yg bersuara tp kerajaan xkan senang2 nak dengar luahan rakyatnya melainkan ada sebab2 yg tertentu yg dpt menguntungkan pihaknya..tunggu nt PRU la, time ni sume mulut manis..hahaha..
ReplyDeleteok, aku tertarik dgn OSA tu bro, hm..nampaknya status blogger semakin terkenal sekarang..sana sini menyebut blogger
ReplyDeleteNegara kita ni aman damai.buat apa nak kasi lebih kecoh.
ReplyDelete