Widget Random Post No.

Dr Anwar Ridhwan | Pertemuan Bermakna Dengannya

Sudah seminggu sejak bertemu beliau. Penulis besar Malaysia. Aku ada berkongsi sedikit dalam entri terdahulu: Jika Mahu Jadi Penulis | Secebis Perkongsian Yang Diperoleh Dari Seseorang. Ada pembaca blog yang ingin tahu siapakah "seseorang" itu.

Sebelum itu aku perkenalkan dulu "event" tersebut. Acara yang dinamakan sebagai Borak Buku ini adalah usaha oleh mantan Minggu Penulis Remaja (MPR). MPR ialah program oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha melahirkan penulis-penulis generasi baru.

Borak Buku bermula awal tahun 2011 dan yang aku hadiri itu ialah yang keenam tetapi pertama buatku sebab sebelum-sebelum ini aku tak berkesempatan untuk turut serta akibat kesibukan yang telalu mencengkam dek program ijazah profesional aku yang akan berakhir pada awal 2012 nanti.


Jadi insan yang aku maksudkan ialah Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Beliau berbicara tentang sebuah buku yang banyak mempengaruhi penulisan beliau iaitu Hikayat Inderaputera. Beliau berkongsi beberapa perkara seperti cara untuk menulis dengan baik, tentang bagaimana menjadi sensitif dengan apa yang ada disekeliling kita, dan jangan berhenti membaca dan menulis.

Berpeluang duduk di sebelah beliau, aku mendengar dengan jelas buah butir setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau. Seorang yang berperwatakan lembut, aku mengira beliau memukau aku dengan pengalamannya dan ilmunya.

Menurut beliau, Hikayat Inderaputera adalah satu karya yang memberi beliau faham tentang kaedah penulisan yang baik. Beliau mengkaji dan memahami Orang berbakat sepertinya memang lain. Dilahirkan untuk menjadi penulis. Aku peroleh sesuatu daripada Borak Buku bersama Dr. Anwar Ridhwan. Walaupun aku tidak menulis sebanyak rakan-rakan lain, sekurang-kurangnya pertemuan dengan beliau mengekalkan semangat dalam diri untuk terus berusaha menulis pada masa akan datang.
Dr Anwar Ridhwan | Pertemuan Bermakna Dengannya Dr Anwar Ridhwan | Pertemuan Bermakna Dengannya Reviewed by faizalnizam on June 26, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. fyzal , kongsi la dgn kitorunk kat cnie ape yg dikongsikan ~ cemane nak jadi penulis yg baiik ~

    ReplyDelete
  2. bro, aku dengar buku teknik surah yusuf pun bercerita teknik penulisan

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.