Selamat hujuang minggu. Ahad biasanya hari yang tidak begitu dinantikan kerana esok adalah Isnin dan rutin kerja bermula sekali lagi. Awal pagi ini sekitar 230 pagi aku berkesempatan berborak kosong dengan seorang rakan perihal BERSIH 2.0.
Kami berdua bersetuju bahawa "idea" yang terkandung dalam BERSIH 2.0 adalah sesuatu yang baik tetapi yang mengetuainya dan kaedah pelaksanaannya mungkin sesuatu yang kurang sesuai dalam konteks negara kita. BERSIH mungkin wajar mencari kaedah lain menyampaikan suara mereka selain perarakan atau demo jalanana. Dan ketua yang mengepelai BERSIH sekarang wajar ditukar dengan orang lain.
Tetapi entri aku ini bukan mahu fokuskan pada BERSIH 2.0 sebaliknya tentang bagaimana sesuatu perkara selagi boleh dipolitikkan, akan dipolitikkan. Ini yang aku baca dalam BH Online pagi ini tetapi tidak bererti aku percaya seratus peratus isi kandungannya.
Dikhabarkan Khalid Samad menarik diri daripada misi kemanusiaan antarabangsa ‘Freedom Flotila II’ ke Gaza dengan alasan terdapat campur tangan UMNO-BN dalam misi berkenaan. Wajarkan misi kemanusiaan yang bertujuan mulia yang bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia malah penyertaan warga negara asing dijadikan bahan politik?
Adakah kerana Khairy Jamaluddin pun turut bersetuju menyertai misi tersebut. Khalid segera merasakan ada campur tangan UMNO-BN dalam misi tersebut. Khalid sepatutnya sedar bahawa dia juga orang politik. Bukankah sesuatu yang tidak elok jika orang kata ada campur tangan PAS dalam misi kemanusiaan itu atas penyertaan Khalid?
Tidak ada masalahnya jika Khalid dan Khairy boleh bersama-sama menyertai dan memberi sokongan kepada misi tersebut dalam masa yang sama letakkan di tepi dulu apa-apa ideologi atau sentimen politik. Ini misi kemanusiaan ini bukan politik kepartian. Walaupun begitu tidak dapat dipastikan kebenaran dakwaan Khalid kerana dia tidak dapat dihubungi oleh pihak BH.
Jika benar Khalid berbuat demikian, dia tidak mencerminkan profesionalisme seorang ahli politik yang boleh bersikap neutral dalam sesuatu perkara lebih-lebih perkara yang melibatkan aktiviti kemanusiaan seperti misi ‘Freedom Flotila II’. Tetapi jika sebaliknya, mungkin Khalid ada masalah peribadi tertentu, maka dakwaan seperti yang dilaporkan itu memang sesuatu yang tidak wajar.

‘Freedom Flotila II’ Adalah Misi Kemanusiaan | Ketepikan Fahaman Politik
Reviewed by faizalnizam
on
June 26, 2011
Rating:
baca lah harakah daily, khalid memang nk tarik diri sebab katanya ada campur tgn UMNO-BN.. betulah kata anda, selagi perkara boleh dipolitikkan mereka akan politikkan..
ReplyDelete@ibnu isa
ReplyDeletejika harakah melaporkan perkara sama. maka mungkin benarlah khabar ini. misi kemanusiaan pun jadi bahan politik. politicians..
Nasib baik urusan aku selesai sebelum 9 Julan.kalau tidak aku pun terperangkap sekali dalam rusuhan politik.
ReplyDeletewalaupun tak suka berpolitik.kita kena fikirkan rakyat juga.