Siapa mampu dengan hanya senyum dihadapan lensa kamera mampu mengumpul sejumlah RM15.1 juta. Serius itu bukan jumlah yang sedikit. Dan modalnya hanya mempamerkan senyuman semasa sesi bergambar. Wanita Pertama AS, Michelle Obama melakukannya.
Dalam konteks masyarakat kita senyum sebagai sedekah sudah memadai, sekadar mengubat hati insan lain yang sedang berduka. Tapi kalau ada sesiapa yang mampu buat macam Michelle Obama, bagus juga. Gunakan untuk "raise fund" untuk badan-badan kebajikan.
Soalnya, ada ke?
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Wanita Pertama AS, Michelle Obama mengenakan bayaran AS$10,000 (RM30,329) setiap seorang kepada sekumpulan pembida kaya untuk bergambar bersamanya dalam satu majlis makan tengah hari di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Majlis tersebut yang dihadiri oleh 500 pembida itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu kempen politik suaminya, Presiden Barack Obama menjelang pilihan raya Presiden 2012.
Wanita pertama AS berkenaan dilaporkan berjaya mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM15.1 juta) dengan hanya mempamerkan senyumannya dalam sesi bergambar bersama pembida-pembida terbabit.
[sumber: kosmo]
Dalam konteks masyarakat kita senyum sebagai sedekah sudah memadai, sekadar mengubat hati insan lain yang sedang berduka. Tapi kalau ada sesiapa yang mampu buat macam Michelle Obama, bagus juga. Gunakan untuk "raise fund" untuk badan-badan kebajikan.
Soalnya, ada ke?
Hanya Dengan Mempamerkan Senyuman Dia Mengumpul RM15.1 Juta
Reviewed by faizalnizam
on
June 15, 2011
Rating:

alamak... kempen utk suami dia.. tak best lah. lepas tu suap pd sesapa pulak..ish!
ReplyDelete@adzriel
ReplyDeletebiasalah tu. namapun politik. duit adalah asasnya.