Kata seorang penulis besar yang aku temui baru-baru ini - jika mahu jadi penulis yang baik, mesti mahu menjadi sensitif. Sebelum jadi sensitif terhadap sesuatu isu samada politik, ekonomi atau sosial, mesti mahu jadi sensitif kepada perkara-perkara mudah yang ada di sekitar kita - warna, bentuk, bau, sekadar menyebut beberapa contoh.
Katanya lagi, jika mahu jadi penulis yang baik, mesti banyak membaca. Membaca dan terus membaca, dan pada waktu yang sama, menulis terus menulis. Membaca mesti mahu banyak, aku percaya. Di waktu aku merasakan aku sudah banyak juga membaca, rupanya aku masih keterbelakang daripada kawan-kawan yang lain.
Ada beberapa perkara lagi yang aku peroleh. Dalam entri selepas ini, aku kongsikan siapakah orang yang aku temui dan dalam acara apa aku menemuinya.

Jika Mahu Jadi Penulis | Secebis Perkongsian Yang Diperoleh Dari Seseorang
Reviewed by faizalnizam
on
June 20, 2011
Rating:

dlu sy sensitip dgn surrounding
ReplyDeletetp skang da agk kurang
kenapa eh?
aduih
siapakah penulis besar yang anda temui ,
ReplyDeletep/s : anis teringin sgt nak belajar macm mane nak menulis puisi dgn baik ~
@tiada tuan
ReplyDeletetidak mengapa. barangkali perlu dapatkan semula ke"sensitif"an tersebut.
@anis izyan
mahu tahu siapa? nantikan entri akan datang ye :)
memang kena membaca banyak, baru boleh menulis hebat, tapi kena selalu menulis juga, kalau bacaan tu terpendam je, boleh karat nanti
ReplyDelete