Widget Random Post No.

Kanak-kanak Perempuan 1 Tahun Selamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 10

Ajal selagi belum tiba masanya, selagi itulah jasad dan roh akan tetap bersama. Itu semua kerja Tuhan. Dan seorang budak perempuan berumur satu tahun di Wuhan memang masih panjang umurnya.

Seorang budak perempuan berumur berumur satu tahun yang jatuh dari tingkat 10 sebuah bangunan di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, telah pulih daripada kecederaan tanpa sebarang komplikasi.

Pada 23 April, budak perempuan tersebut telah jatuh dari tingkap balkoni semasa ibunya membawanya melawat seorang kawan. Ibunya bergegas membawa anaknya yang cedera ke sebuah hospital tempatan dan doktor mendapati budak tersebut mengalami keretakan tengkorak yang serius, pneumothoraks, kontusi pulmonary (lebam pada paru-paru), pendarahan dalam perut dan patah beberapa anggota badan.

[sumber: china daily diambil dari changjiang daily]


Anak-anak kecil jangan sesekali dibiarkan tanpa kawalan walau hanya dalam jangka masa yang pendek kerana perkara-perkara begini nanti akan kembali menghantui ibu bapa lebih lebih jika si anak mati akibat kecuaian ibu bapa.

Bukan sedikit kes-kes kecuaian ibu bapa. Masih banyak lagi. Jangan buat main sebab ini berkaitan dengan nyawa anak-anak sendiri. Takut menyesal tak sudah di kemudian hari.
Kanak-kanak Perempuan 1 Tahun Selamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 10 Kanak-kanak Perempuan 1 Tahun Selamat Selepas Jatuh Dari Tingkat 10 Reviewed by faizalnizam on June 19, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. Salam inchik faizal....

    Selagi belum ajal, memang takkan pergi... :)

    ReplyDelete
  2. Betul. Mak Kak Azie pernah kata, kanak-kank ni tulang dia ringan macam tulang tikus jer.

    *Cuti semester buat apa?


    “Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

    ReplyDelete
  3. Hari ini berita sedih mengenai anak kecil lelaki jari terputus gara-gara eskelator disebuah gedung membeli belah tidak selenggra dengan baik

    ReplyDelete
  4. @sis nad
    yerp.. benar.. panjang umur budak tu.

    @kak azie
    sebab tu mudah patah.

    p/s: cuti ni kerja dengan lecturer kak.

    @biomed
    barangkali mak abah dia pun terlepas pandang apa yang anak dia buat.
    pihak maintenance pun salah juga kalau begitu.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.