Widget Random Post No.

Lagenda Paul Scholes Dalam Barisan Kejurulatihan

17 tahun kariernya dalam bola sepak dan selepas banyak membantu United, Paul Scholes barangkali salah satu aset terbaik yang dimiliki oleh kelab tersebut. Dan kini Scholes akan untuk menyumbangkan segala kemampuan yang dimilikinya dalam bidang kejurulatihan.



Bagi peminat-peminat United seluruh dunia, pasti gembira melihat Scholes dalam barisan kejurulatihan United, bukan di kelab lain. Dia barangkali mampu melahirkan pemain sehebatnya, malah mungkin lebih hebat daripadanya.

Lahir pada 16 November 1974 dengan 676 penampilan untuk United dan menjaringkan sejumlah 150 gol, Scholes akan diingati sebagai salah satu lagenda United ditambah dengan kesetiaannya kepada kelab itu.

"Ia pasti sesuatu yang berbeza dan saya hanya mahu dapat membantu para pemain dalam apa jua cara yang saya mampu. Masih banyak yang belum saya lakukan tetapi saya gembira dengan apa yang telah saya lakukan. Jika saya boleh melakukannya saya mahu menjadi sebaik yang saya mampu."

Paul Scholes

Untuk musim depan dan seterusnya. Adakah akan ada pemain menyerupai Scholes dengan hantaran-hantaran jauh yang tepat dan cubaan-cubaan kencang dari luar kotak penalti? Ogos akan tiba tidak lama lagi bererti musim baru Liga Perdana Inggeris dan kehangatan akan bermula semula.

[sumber: manutd.com]
Lagenda Paul Scholes Dalam Barisan Kejurulatihan Lagenda Paul Scholes Dalam Barisan Kejurulatihan Reviewed by faizalnizam on June 19, 2011 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.