7 pagi. Pagi-pagi begini kalau dapat nasi lemak atau roti canai balas dengan kopi secawan, memang menarik. Kopi, aku tidak pasti jika orang-orang muda sekarang minat minum kopi. Biasanya kopi dikaitkan dengan orang-orang lama. Mentaliti biasa. Tapi tiada apa yang salah.
Di Singapura, secawan kopi O serendah 50 sen boleh dijumpai di beberapa kedai di sana. Di kala kebanyakan kedai meletakkan harga sekurang-kurang 70 sen untuk secawan kopi O, terdapat beberapa kedai yang mengekalkan harga 50 sen untuk beberapa tahun.
Pada aku, bahagian yang menarik ialah kebimbangan kehilangan pelanggan jika harga kopi dinaikkan. Bayangkan jika di Malaysia ini kita boleh menerapkan sikap demikian. Berhenti daripada pergi ke kedai yang sentiasa "laju" mahu naikkan harga apabila harga barang asas meningkat.
Aku bukan mahu menyalahkan sebuah peniaga tetapi kebanyakan peniaga selalu memberi alasan yang tidak masuk akal apabila menaikan harga minuman dan makanan. Contohnya, kalau sekilo gula naik 10 sen. Teh tarik segelas pun naik 10 sen. Macamlah segelas teh tarik tu guna sekilo gula.
Kalau rajin buat sahaja kopi dirumah. Lagi "saving".

Sementara kedai-kedai kopi yang lain menjual kopi mereka pada harga sekurang-kurangnya 70 sen, Poh Hua Coffee Drinks Stall dan Ah Tee Coffee Drinks Stall di Cheng San Market dan Cooked Food Centre di Blok 527, Ang Mo Kio Avenue 10 masih menjual kopi mereka pada harga 50 sen untuk beberapa tahun.
Punca mereka mengekalkan harga 50 sen itu ialah kerana: Persaingan yang makin hebat dengan kedai-kedai minum di pusat penjaja berkenaan, kata Mr Chiang Ah Tee, 52, tuan kedai Ah Tee Coffee Drinks Stall.
... Menurut Mr Chiang: Terlalu banyak kedai kopi di sini, tiada siapa di antara kami yang berani mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding yang lain. Jika saya menaikkan harga walau hanya 10 sen, saya akan kehilangan pelanggan.
[sumber:asiaone soshiok]
Pada aku, bahagian yang menarik ialah kebimbangan kehilangan pelanggan jika harga kopi dinaikkan. Bayangkan jika di Malaysia ini kita boleh menerapkan sikap demikian. Berhenti daripada pergi ke kedai yang sentiasa "laju" mahu naikkan harga apabila harga barang asas meningkat.
Aku bukan mahu menyalahkan sebuah peniaga tetapi kebanyakan peniaga selalu memberi alasan yang tidak masuk akal apabila menaikan harga minuman dan makanan. Contohnya, kalau sekilo gula naik 10 sen. Teh tarik segelas pun naik 10 sen. Macamlah segelas teh tarik tu guna sekilo gula.
Kalau rajin buat sahaja kopi dirumah. Lagi "saving".
Kopi O 50 Sen Demi Tidak Kehilangan Pelanggan
Reviewed by faizalnizam
on
June 25, 2011
Rating:

No comments:
appreciating your feedback and response!