Jun semakin di penghujung dan Julai akan menjelma tidak lama lagi. Maka apa yang menarik tentang Julai? Pada aku satu-satunya yang menarik tentang Julai ialah Tour 2011 yang akan dilakukan oleh Manchester United di sekitar Amerika Syarikat.
Tour akan bermula pada 13 Julai. Perlawanan pertama bertemu dengan pasukan New England Revolution di Gillette Stadium, Boston yang boleh menampung kapasiti penonton sebanyak 68,756. Kadang-kala aku terfikir jika aku berkemampuan ke sana dan dapat menonton perlawanan tersebut, Pasti sesuatu yang hebat. Tapi tak mengapalah, dapat tonton di Astro pun jadilah.
New England Revolution merupakan salah satu daripada 10 pasukan yang bertanding dalam musim pertama liga pada 1996. Maksudnya bolehlah disifatkan bahawa New England Revolution adalah salah satu pasukan yang menjadi asas kepada peningkatan populariti bola sepak di Amerika.
Tour ini seperti biasa yang kita tahu ialan waktu untuk "warm up" sebelum liga bermula pada Ogos 2011 nanti. Menang Perisai Komuniti dan Kejuaraan Liga, tetapi kalah di final Liga Juara-Juara, musim yang baru berlalu bukanlah sesuatu yang teruk. Sekurang-kurang 2 piala yang dibawa pulang ke Old Trafford sebagai bukti United lebih hebat daripada pasukan-pasukan lain dalam liga perdana.
Tour 2011 akan ditutup dengan perlawanan bertemu Barcelona. Dan aku mahu United membalas dendam walau pun itu hanya perlawanan tour. Julai 2011, United akan menggegarkan Amerika Syarikat dengan kehebatan bola sepak Inggeris.

USA Tour 2011 | United Akan Menggegarkan Beberapa Stadium Amerika Syarikat
Reviewed by faizalnizam
on
June 25, 2011
Rating:

No comments:
appreciating your feedback and response!