Hidup dengan bermakna itu barangkali sesuatu yang sangat subjektif kerana aku percaya manusia mentakrifkan "hidup dengan bermakna" dalam erti kata yang pastinya berbeza. Ada sesetengah orang berpandangan menjadi kaya raya untuk diri sendiri sahaja adalah bermakna bagi mereka.
Bagi sesetengah orang yang lain barangkali menjadi terkenal, popular, dikenali ramai, nama disebut-sebut orang saban waktu dan sentiasa menjadi perhatian ke mana sahaja dia pergi dan berada sebagai definisi "hidup dengan bermakna".
Tetapi jika hidup tanpa memberi, mungkin kita belum sampai ke tahap "hidup dengan bermakna". Banyak orang mempedulikan nasib sendiri sahaja tanpa kisah apa akan terjadi pada orang lain dalam keadaan hidupnya sendiri sudah cukup senang - mampu untuk memberi tetapi tidak mahu berbuat demikian.
Barangkali atas kesedaran inilah, seseorang wanita menghabiskan malamnya dengan memberi kepada yang memang sangat-sangat memerlukan.

Dia mungkin seorang wanita yang mempunyai karier yang hebat tetapi setiap malam Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat, Munirah Abdul Hamid boleh dilihat memberi makanan kepada orang-orang miskin dan tidak berumah di Kuala Lumpur.
Sebagai pengasas dapur sup Pertiwi, beliau dan pasukannya membantu untuk memberi makanan kepada ratusan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang lapar sekitar kawasan Chow Kit dan Kotaraya.
"Makanan sangat penting buat mereka", kata wanita berumur 61 tahun itu yang terlibat dalam perniagaan genomik dan robotik.
Sebagai pengarah eksekutif Malaysian Genomic Resource Centre Berhad, sebuah syarikat senaraian awam, dan pengarah urusan empat syarikat lain, Munirah memulakan harinya pada 8 pagi dan hanya menghabiskan rutinnya selepas tengah malam.
[sumber: asiaone news]
Cara Untuk Hidup Dengan Bermakna
Reviewed by faizalnizam
on
June 20, 2011
Rating:

dah lumrah manusia, lebih suka menerima dari/daripada(sila rujuk nek mah) memberi...
ReplyDeletesangat murah hatinya....
ReplyDelete@anonymous
ReplyDeletesebab tu mentaliti mesti berubah. dan kesedaran perlu bertambah. aku tau siapa nek mah tu :)
@puteraduyong
memang sangat murah hati. perlu lebih ramai lagi orang begitu dalam masyarakat kita.
nice..
ReplyDelete*glad to be yr follower :)
@miss dynda
ReplyDeletethanks for following. hopefully u able to get some useful information from this blog :)
Hidup lebih bermakna apabila apa yang kita lakukan mengajar kita benda baru..
ReplyDeleteDengan cara itu, diri ini dapat menikmati perkara yang baru dan pasti hidup ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan...
@mar
ReplyDeletejika benda baru itu turut memberi manfaat kepada orang lain juga. pasti lebih bermakna :)
hidup bermakna bukan di dunia sahaja..saham akhirat sudah dilabur juga tu
ReplyDelete@tengkorakemas
ReplyDeleteitu memang tidak dapat dinafikan brother. kalau ko ada apa2 event kemasyarakatan, roger la aku. kot2 kita boleh terlibat sama.