Widget Random Post No.

Perubatan Tradisional Guna Hos Getah | Hasilnya Nyawa Melayang

Aku tidak pasti samada ini isu mentaliti atau isu kurang pengetahuan. Mati ketika berubat. Itu bukan berubat namanya. Nyawa bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu barangkali satu kejadian yang berjaya dilaporkan dalam banyak lagi kejadian yang mungkin tidak sampai kepada pengetahuan kita.

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa hanya mampu melihat anak lelakinya dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh Siam sehingga pemuda itu pengsan dan meninggal dunia ketika berubat di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Merchang dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, Faizal Harun, 26, yang didakwa menghidap penyakit ganjil empat tahun lalu dibawa ke rumah bomoh dipanggil Kak Yah dari Thailand oleh ahli keluarganya untuk dirawat secara tradisional.

[sumber: kosmo]

Undang-undang yang mengawal amalan perubatan tradisional  dan perkara-perkara ghaib, memang sukar untuk diadakan - berdasarkan permasalah pembuktian. Seperti kes di atas, bomoh tersebut akan didakwa di bawak Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah akan membawa hukuman mati.

Tetapi apabila bersangkut dengan amalan itu sendiri, sepanjang dalam pengetahuan aku tidak ada undang-undang yang mengawalnya [betulkan aku jika fakta ini silap]. Aku pernah dengar satu ketika dulu ura-ura mengatakan cadangan untuk mewujudkan undang-undang sedemikian rupa, kemudian sunyi.

Takziah kepada keluarga mangsa. Lepas ini orang lain mesti lebih berhati-hati jika mahu mendapatkan sesuatu perubatan tradisional.
Perubatan Tradisional Guna Hos Getah | Hasilnya Nyawa Melayang Perubatan Tradisional Guna Hos Getah | Hasilnya Nyawa Melayang Reviewed by faizalnizam on June 17, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. terlalu sangat percaya dengan amalan perubatan sebegitu..masih parah rupanya mentaliti orang melayu.

    ReplyDelete
  2. @ghost writer
    memang masih parah brother. percaya hingga menyebabkan kematian. itu lebih parah.

    ReplyDelete
  3. x jauh ngan kampung aku tu... 5 minit jer... isk~ orang kampung kan.. mmmg ramai percaya bomoh2 dr ustaz2 n doktor..

    ReplyDelete
  4. @mr.ix
    haish.. dekat betul tu. jgn kata org kampung brother, orang bandar yg moden pun ada yang percaya bomoh lagi.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.