Widget Random Post No.

Risalah Khidmat Sami Buddha | Pancing Orang Melayu Untuk Berjudi

Sudah beberapa kali aku jumpa risalah tersebut dalam post box rumah sewa aku. Nampaknya baru kini perkara ini diketengahkan oleh media. Risalah yang aku maksud adalah seperti yang dilaporkan dalam berita hari ini iaitu risalah tentang sami Buddha yang boleh meramal nombor yang akan menang.

KUALA LUMPUR: Sindiket ramalan nombor ekor kini menjadikan orang Melayu sebagai sasaran baru kegiatan penipuan dengan memperdayakan mereka melalui risalah iklan menawarkan khidmat sami Buddha yang menjanjikan kemenangan kepada pembeli permainan judi itu.

Perubahan taktik itu selepas kegiatan mereka memperdaya orang Cina dan India sebelum ini sudah terbongkar.

Terbaru, satu sindiket yang aktif di sekitar Lembah Klang dikesan cuba mengedarkan risalah itu dengan meletakkannya pada cermin kenderaan milik orang Melayu di sekitar kompleks beli-belah terkemuka di ibu negara dan Selangor.

[sumber: berita harian]

Dah banyak keping risalah macam tu aku bakul sampahkan tetapi masih juga aku jumpa dalam post box dan raga motosikal. Nasib baiklah orang yang letak benda tu aku tak pernah jumpa secara bersemuka. Duit memang boleh buat manusia kelabu mata tetapi judi bukan caranya.

Aku yakin mesti ramai juga blogger yang pernah encounter risalah macam ini samada dalam post box, raga motor atau cermin kereta. Harap-harap orang Melayu kita tidak terus terjerat dalam perkara yang merosakkan ini.
Risalah Khidmat Sami Buddha | Pancing Orang Melayu Untuk Berjudi Risalah Khidmat Sami Buddha | Pancing Orang Melayu Untuk Berjudi Reviewed by faizalnizam on June 21, 2011 Rating: 5

5 comments:

  1. selalu gak dapat dia pnya rsalah tu...kekadang baca nak tergelak pon ada..ada jugak yg pecaya...adoyai

    ReplyDelete
  2. BETUL LA TU.. KAT RUMAH AKUPON SELALU DAPAT RISALAH CAMNI.. AKU DAPAT TERUS BUANG JE..

    ReplyDelete
  3. @inilahaku
    dah terang-terang, nampak sangat benda tu menipu. pelik kan.

    @fairus
    dah la benda tu buat menyemak je. memang patut buang pun.

    ReplyDelete
  4. haha risalah mcm tu aku panggil risalah tok guru..dapat je tak payah tengok lama2 terus koyak dan buang

    ReplyDelete
  5. @tengkorakemas
    risalah tok guru? hahaha.. itu nama yang memang lawak bro.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.