Kadang-kadang manusia ini terlalu pendek cara berfikirnya. Perkara yang sememangnya sudah terlalu berisiko, yang berada dalam pengetahuannya, sengaja juga dilakukan, konon-kononnya untuk melepaskan diri.
Di Singapura seorang pelajar berbangsa Cina dari Politeknik Temasek cuba memberi rasuah kepada pegawai yang menjumpainya bersama-sama teman wanitanya di sebuah bilik hotel bajet semasa "spot check" dilakukan.
Kalau muda-muda dan baru bergelar pelajar sudah pandai memberi rasuah, bagaimana agaknya sikapnya pada masa akan datang. Jika mampu berubah, eloklah tetapi jika terbawa-bawa, barangkali padah jawabnya.
Jika bercakap tentang rasuah, berlaku di mana-mana. Soalnya sesuatu kes itu sampai ke pengetahuan awam atau tidak. Soal rasuah ini mungkin pada akhirnya bergantung pada diri sendiri samada seseorang mampu mengawal diri atau tidak.

Dia dihukum 9 bulan tempoh percubaan dan 130 jam khidmat komuniti bagi kesalahan yang telah dilakukannnya itu.
... Selepas maklumat peribadi pasangan tersebut diambil, Zheng mengeluarkan wang sebanyak $20 dan meletakkannya di dalam tangan salah seorang pegawai polis, meminta mereka supaya membuang maklumat tentang dirinya. Dia ditangkap pada waktu itu juga.
[sumber: asiaone edvantange: klik untuk berita penuh]
Kalau muda-muda dan baru bergelar pelajar sudah pandai memberi rasuah, bagaimana agaknya sikapnya pada masa akan datang. Jika mampu berubah, eloklah tetapi jika terbawa-bawa, barangkali padah jawabnya.
Jika bercakap tentang rasuah, berlaku di mana-mana. Soalnya sesuatu kes itu sampai ke pengetahuan awam atau tidak. Soal rasuah ini mungkin pada akhirnya bergantung pada diri sendiri samada seseorang mampu mengawal diri atau tidak.
Pelajar Politeknik Ditangkap Beri Rasuah $20
Reviewed by faizalnizam
on
June 21, 2011
Rating:

Saya difahamkan penjawat awam disana amat telus kalau ajak pekena teh pun akan ditolak
ReplyDeletetabik sikap pegawai tu
ReplyDelete@biomed
ReplyDeletekalau semua penjawat awam di Malaysia macam tu. mesti kita lebih produktif.
@tengkorakemas
mmg tabik pegawai tu. lagipun 20 dollar je. tak berbaloi nak menjatuhkan reputasi hanya sebab 20 tu.
mereka sgt serius ble btugas. ms aku d sn br2 ni, kwn aku ambk2 gmbr n xprasan trambk gmbr polis. polis 2 dtg n srh kwn aku delete gmbr 2. kalau x die rmpas kamera. gileee...
ReplyDelete@anonymous
ReplyDeletetp aku pernah baca something kat forum. jadi kat singapore. polis tu to extent breach privacy individual. masalah gak tu.