Widget Random Post No.

Skuasy Sukan Semakin Jadi Pilihan | Kongsi Pengalaman Bermain Skuasy

Semalam aku tak tulis apa-apa di blog ini. Hari ini baru nak tulis satu entri. Tetapi memandangkan dah lewat, aku tidak akan share perkara-perkara berat seperti hal-hal sosial mahupun politik. Atau berita duda menyerang jandanya, dan bukan juga kisah bola sepak.
[ada rezeki memang aku nak angkat satu raket cap Prince ni.mmg superb.jenis raket yang Nicol guna]

Aku mahu kongsi aktiviti riadah aku hari ini. Sudah agak lama aku tak pegang raket skuasy. Jadi hari ini hari kedua aku beraksi di gelanggang skuasy sebab semalam aku mula bermain semula. Memang penat walaupun hari kedua sebab belum dapat "full momentum" lagi.

Bila bicara soal skuasy, dalam kepala kita mesti terlintas nama-nama seperti Nicol David, Azlan Iskandar, Ong Beng Hee dan si cantik Delia Arnold. Dan buat masa ini ranking pertama skuasy wanita masih dipegang oleh Nicol, yang sentiasa mengharumkan nama negara di pentas skuasy dunia.

Skuasy, pada aku merupakan permainan yang agak terkenal juga sebenarnya di negara kita. Dan semakin terkenal sebenarnya dengan kehadiran pemain-pemain hebat seperti Nicol dan Azlan. Dan aku sedar budak-budak pun semakin ramai yang mula main skuasy.

Tapi aku perasaan ada satu masalah. Gelanggang skuasy susah nak jumpa. Tak banyak tempat yang ada gelanggang skuasy. Raket skuasy pun tak la murah sangat. Kalau makin banyak gelanggang dibina, harga raket diturunkan dan pendedahan setempat dibuat, mesti makin ramai yang main skuasy.  

Aku tak pasti berapa ramai pembaca blog ini atau blogger-blogger yang singgah di blog ini pernah main skuasy. Jika pernah bolehlah kongsikan pengalaman kali, jika tak pun, boleh bagi pandangan kalian tentang sukan skuasy yang makin terkenal ni.   
Skuasy Sukan Semakin Jadi Pilihan | Kongsi Pengalaman Bermain Skuasy Skuasy Sukan Semakin Jadi Pilihan | Kongsi Pengalaman Bermain Skuasy Reviewed by faizalnizam on June 23, 2011 Rating: 5

5 comments:

  1. aku suka main skuash tapi langsung tak penah dapat sambut bola.. hihi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi main skuasy nak juga rasa mcm mana main dia, best sgt ke, kalau pemainan yg lain mcm badminton,pingpong ngan tennis pernah le main..:)

    ReplyDelete
  3. @khadijah nas
    boleh main tu ok la. kena praktis lagi tu :)

    @lifekami
    skuasy ni lebih kurang badminton ngan tenis jugak bro. tp ada la kelainan dia sikit sebab kita pukul ke dinding.

    ReplyDelete
  4. Tol tu fyzal, dla mcm nak try main skuasy ni tp ssh betul nk jumpe court dia..lgpun skuasy ni seakan-akan mcm badminton kan, tp yg bestnye skuasy ni nk lyn sorang2 pun jd kan...

    ReplyDelete
  5. @dla
    dekat tmpt dla tinggal tu.. dla try cari sport centre or stadium.. maybe dalam area tu ade court skuasy. aah layan sorang2 pun jadi :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.