Aku tahu perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah tentang BERSIH 2.0. Sekaligus membawa kita kepada kehangatan pilihan raya umum yang ke-13. Tetapi dalam entri ini, apa kata kita tinggalkan sebentar cerita politik kepartian dan aku mahu berkongsi sedikit cerita sains angkasa.
Makhluk asing atau lebih mudah dipanggil sebagai "aliens" adalah satu fenomena yang sentiasa menjadi polemik dalam bidang sains angkasa - soalnya sama ada kita peduli atau tidak tentang polemik tersebut. Insiden Roswell pasti sesuatu yang tidak asing kepada mereka yang memang meminati kisah-kisah UFO dan aliens.
Satu berita yang aku baca hari ini agak menarik perhatian iaitu tentang dakwaan saintis-saintis Rusia yang mengatakan menjelang tahun 2031, peradaban manusia bakal bertemu dengan peradaban makhluk asing atau aliens ini.
Andrei Finkelstein, Pengarah Russian Academy of Sciences' Applied Astronomy Institute menghujahkan bahawa jika air boleh ditemui di planet lain selain daripada bumi maka tidak mustahil kita boleh menemui makhluk asing yang barangkali hampir menyerupai manusia dengan dua tangan, dua kaki dan satu kepala. Mungkin warna kulit sahaja yang berlainan.
Walau bagaimanapun ini hanya "prediction" yang dilakukan oleh saintis-saintis Rusia melalui inferens daripada penemuan air di planet lain. Bidang sains luar angkasa sudah tentu bukan bidang aku. Sekadar membaca untuk menambah sedikit sebanyak pengetahuan.
Tetapi jika benar ia satu perkara yang mungkin boleh berlaku. Mungkin sejarah dunia akan berubah secara "total" jika peradaban manusia bertemu dengan peradaban makhluk asing yang dimaksudkan. Kebenaran ada di luar sana [the truth is out there] - mungkinkah kebenaran itu sesuatu yang benar atau sekadar direka-reka?

Tahun 2031 | Pertemuan Peradaban Manusia dan Aliens?
Reviewed by faizalnizam
on
June 29, 2011
Rating:

banyak lagi rahsia yg kita tak tau, rahsia kat dasar laut pun banyak lagi,
ReplyDeleteaku ingat lagi dulu aku teringin nak berlayar ke segi tiga bermuda haha