Widget Random Post No.

"Top 25" Destinasi Di Dunia | No.25 - Las Vegas Nevada

Salah satu perkara yang belum mampu aku lakukan tetapi memang aku nak lakukan sangat ialah travel ke tempat-tempat menarik dan hebat yang wujud di atas Bumi ini. Jadi pagi ini apabila aku layari Asia One Relax, aku bertemu dengan Top 25 Destinations In The World.

Kita mulakan dengan no.25 iaitu Las Vegas, Nevada, USA. Dengan keluasan 133.2 batu persegi, seluruh manusia di dunia mengenali Las Vegas sebagai bandar perjudian. Itu memang tidak dinafikan. Kalau kamu memilih ke sana untuk berjudi maka salahlah jadinya, tetapi tidak salah ke sana jika sekadar untuk melihat tempat orang dan menerokai bandar yang hebat itu.


#25. LAS VEGAS, NEVADA, USA - Sophisticated hotels, world-class restaurants, Elvis impersonators and indoor Venetian canals. Honestly, TripAdvisor says there is no place on earth quite like Vegas.

[source: asiaone relax]

Bandar Las Vegas barangkali tidak dapat dipastikan usianya secara tepat, tetapi ia mula diterokai sejak 10,000 tahun yang lalu apabila lembah Las vegas dilawati oleh golongan Paleo-Indians. Mereka hidup sebagai nomad, mengembara dan berkemah di beberapa tempat yang  berlainan. Golongan ini meninggalkan petroglyphs yang membantu menceritakan tentang sejarah awal bandar itu.

Petroglyphs bermaksud ukiran atau lukisan di atas batu, terutamanya yang dilakukan oleh manusia pra-sejarah.

Beberapa fakta tentang Bandar Las Vegas:

i. Undang-undang tahun 1910 menjadikan perjudian di Las Vegas sebagai sesuatu yang tidak sah dan menyalahi undang-undang. Badan penggubal undang-undang Nevada kemudiannya menerima rang undang-undang yang menjadikannya sah di sisi undang-undang pada tahun 1931.

ii. Hotel dan kasino pertama yang dibuka di Las Vegas ialah Golden Gate Hotel and Casino pada tahun 1906.

iii. Empangan Hoover siap pada tahun 1935. Ia memerlukan 12,000 pekerja yang bekerja selama 5 tahun untuk menyiapkan struktur empangan berkenaan.

iv. Lebih daripada 19,000 konvensyen diadakan di Las Vegas sepanjang 2009.

v. Lesen perkahwinan di Nevada ialah $60 (tambahan $5 caj perkhidmatan bagi pembayaran dengan kad kredit). Ramai pasangan memilih berkahwin di Nevada kerana tidak perlu melalui ujuan darah dan tidak ada tempoh menunggu.

[sumber: LasVegasNevada.org]
"Top 25" Destinasi Di Dunia | No.25 - Las Vegas Nevada "Top 25" Destinasi Di Dunia | No.25 - Las Vegas Nevada Reviewed by faizalnizam on June 30, 2011 Rating: 5

1 comment:

  1. ni mmg tempat yg aku nak gie sgt2! huhu

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.