Sudah agak lama tidak bangun seawal empat setengah pagi. Keluar dari rumah dan menunggang motor dalam keadaan mata masih minta dipejam-pejam menuju ke kedai makan. Awal-awal pagi apa lagi kalau tidak ke kedai mamak.
Walaupun Ramadan kali ini jatuh waktu cuti semester yang panjang tetapi aku tidak berpuasa bersama keluarga di Gerik kerana sepanjang Ramadan ini aku masih bekerja sebagai Research Assistant kepada pensyarah undang-undang aku.
Sahur hari pertama Ramadan aku kali ini pun di kedai mamak juga. Dan hari-hari seterusnya juga begitu andai aku rajin nk turun. Makanya sahur pertama aku adalah megi goreng dengan telur mata kerbau bersos cili diikuti dengan sekeping roti canai lalu disempurnakan dengan kopi tarik bagi mengelakkan mengantuk sampai waktu subuh masuk,
Ya, aku bersahur macam orang lain berbuka puasa barangkali - kamu boleh katakan begitu. Syukur, kerana dapat bangun bersahur dengan jayanya pada hari pertama ini. Aku bersahur seorang diri sahaja. Tenang dan boleh fokus. Kalian bagaimana? Apa sahur untuk hari pertama ini?

Catatan Ramadan: Sahur Pertama Megi Goreng & Roti Canai Secara Solo
Reviewed by faizalnizam
on
August 01, 2011
Rating:
wah.. selamat bersahur.. ;)
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah puasa,
ReplyDeletesemoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)
hari ni besahur telur goreng cicah air asam je..:)
::cik diana::
ReplyDeleteselamat bersahur juga ye :)
::life kami::
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah puasa juga kepada kalian berdua :)
sama-samalah kita berusaha.
cicah air asam pun sedap jugak tu.
amboiii . berselera nampak ! hehehee . pe pun, selamat berpuasa ! =)
ReplyDelete::mya::
ReplyDeletehehehe.. mmg berselera. bersungguh sungguh bersahur.
selamat berpuasa jugak :D
rajin juga tu.boleh bawa moto pi sahur.aku ni terbongkang tidur tak bangun2 pun time sahur.huhuhu.
ReplyDelete::zack::
ReplyDeleteaku kalau dah mmg lapar time sahur tu, aku gagahkan jugak. hehehe. tp kt NZ sejuk kan? takpe. cepat je dah berbuka. ke tgh summer sekrang?