Sudah hampir waktu berbuka baru berkesempatan hendak update blog sedikit. Sedar atau tidak sudah sepertiga Ramadan kita lalui. Hari ini sudah hari kesebelas dan esok sudah hari kedua belas pun. Pantas sungguh masa berlalu.
Shah Alam, bazaar tetap penuh seperti biasa. Lagipun baru 11 hari berpuasa. Belum tiba pun masa untuk pulang ke kampung bagi perantau-perantau yang berada di Shah Alam ini termasuklah aku. Masih banyak kerja yang mesti diselesaikan tetapi belum selesai-selesai juga. Harap-harap boleh disiapkan sebelum Aidilfitri menjelma.
Berbuka sudah hampir benar, masuk hari ini sudah tiga hari berbuka dengan nasik dagang. Lazat. Rezeki daripada Allah Ta'ala. Kalau lihat menu di bazaar memang macam-macam mahu tetapi sebenarnya kalau dua jenis makanan pun sudah memadai untuk berbuka.
Bagaimana dengan kalian? Berbuka apa untuk puasa ke 11 ini?

Catatan Ramadan: Sepertiga Daripadanya Sudah Berlalu
Reviewed by faizalnizam
on
August 11, 2011
Rating:
tekak ini dah tak mampu dah nak telan makanan di perantaua...terlalu rindukan makanan kampung sendiri...
ReplyDeletehari ni simple je berbuka. nasi briyani ayam dgn air sirap.
ReplyDeleteserbu gerai yg mula-mula sekali nampak kat param tadi.
nak cepat balik sebab selesema. tak selesa nak jalan2.
hari-hari sardin.
ReplyDeleteair tin yang bergas
::rosputih::
ReplyDeleteyeah. samalah juga di sini. hari hari bazar ramadan. naik muak gak sebenarnya.
::shandye::
nasi briyani ayam tu. bunyinya menyelerakan :D
::anisa::
habiskan dulu air tin tu. dah habis baru beli lain. kena jimat jimat.
Nasi dagang..dah lama tak makan benda ni... T_T
ReplyDelete::rosmina::
ReplyDeletesilalah berbuka dengan nasik dagang ye hari ni :)
hoi
ReplyDeleteHai2...wahhh adakah anda peminat nasi dagang??
ReplyDeletejemput datang umah kat tganu.my mom terer buat nasi dagang. =))
::anisa::
ReplyDeletehoi hoi :D
::may maisarah::
ReplyDeletepeminat sgt tu tak lah. tp suka la jugak :)
kalau ada rezki saya sampai sane. hehehe.
fuh, rezeki bulan puasa tu...sebungkus nasik lemak pon dah cukup...
ReplyDeletefollow weh...