Widget Random Post No.

"Copy and Paste" Tanpa Kredit | Isu Dunia Blog Yang Tak Sudah-Sudah

Isu ini memang jenis isu yang tidak akan habis di kalangan para blogger selagi kita tidak ubah "attitude" kita dalam berblog. Apa lagi kalau bukan isu "copy and paste" entri blogger lain tanpa memberikan "link" atau "credit" yang sewajarnya.

Aku baru terbaca entri bro Shahjiehan di blognya tentang perihal entrinya sekali lagi menjadi mangsa "copy and paste" tanpa memberikan kredit kepadanya sebagai tuan punya entri asal. Memang kita boleh naik marah kalau jadi mangsa "copy and paste" ini.

Jadi ini sekadar peringatan kecil buat kita sesama blogger, walaupun isu ini sudah berulang kali ditulis diperkatakan dibincangkan, tapi nampaknya bagi sesetengah mereka umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Tidak dinafikan terdapat blogger yang tidak kisah jika blogger lain mahu ambil entrinya tanpa memberi kredit tapi harus kita sedar terdapat blogger yang sensitif dengan hasil kerja mereka dan kredit yang sewajarnya mesti diberikan jika entri mereka diambil dan diterbitkan di blog lain oleh blogger lain.

Ini soal "morality". Kamu menafikan usaha seseorang blogger yang berusaha menulis entrinya sendiri apabila kamu salin dan tampal entrinya tanpa memberi kredit yang sepatutnya kepada blogger berkenaan. Barangkali taraf kamu memang hampir sangat kepada taraf pencuri.

Jadi sebarang material yang bukan original daripada kamu sebaliknya kamu ambil daripada orang, kreditkan kepada mereka supaya mereka tahu usaha mereka tidak dinafikan. Nyatakan sumber asal - bukanlah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dilakukan.
"Copy and Paste" Tanpa Kredit | Isu Dunia Blog Yang Tak Sudah-Sudah "Copy and Paste" Tanpa Kredit | Isu Dunia Blog Yang Tak Sudah-Sudah Reviewed by faizalnizam on August 04, 2011 Rating: 5

10 comments:

  1. tak kisah pun org nak kopipes.cewah

    bukannye mengurangkan pendapatan pade saye pun.

    ewah ewah.

    kemain lagi..

    kalau dh terkena pastinya saye mengamuk mcm ajibon

    bahahah,

    kbai

    ReplyDelete
  2. attitude ! kan ! haha

    p/s : comel gile pic baby copy paste !! tembam

    ReplyDelete
  3. yups
    benda nih bukan melibatkan blogger yang baru je
    yang dah lama dan ada juga wartawan pun buat perkara yang sama
    kadang2 kecewa juga kan
    kita penat lelah buat entry
    senang2 dia copy
    kalau minta kebenaran tu xapa la juga
    haihhh

    ReplyDelete
  4. Golongan yang selalu meniru kerja sekolah ni takkan letak kredit :D

    ReplyDelete
  5. ::anisa::
    haaa.. sebab tak kena lagi. nanti kalau ajibon kopipes entri awk baru awak marah.

    ReplyDelete
  6. ::anis izyan::
    yerp. it's all about attitude.

    ReplyDelete
  7. ::hans::
    orang yang mengambilnya memang la seronok boleh up entri kat blog. tp yang jadi mangsa mahu angin satu badan. kalau dalam bidang pendidikan, yang meniru thesis pun ada. benda ni merata-rata ada. kalau nk rasa pelik pun tak boleh.

    ReplyDelete
  8. ::anif::
    betul jugak tu brother. mana ada orang tiru kerja sekolah letak kredit kan. hehehehe.

    ReplyDelete
  9. tq bro bgkitkan isu ini... mmg geram..tp kene bykkan bersabar....

    ReplyDelete
  10. ::shah::
    selagi attitude tak berubah. selagi tu ada yang copy and paste brother. tp elok pun brother sound melalui entri mcm tu. bagi dieorang sedar sikit.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.