Widget Random Post No.

Rangkuman Jelajah Amerika Syarikat 2011 Manchester United

Juara Liga Perdana Inggeris sudah selesai Jelajah Amerika Syarikat 2011 dengan menang semua perlawanan termasuk menang ke atas Barcelona pada 30 Julai yang lalu. Serius, walaupun sekadar perlawanan persahabatan pra-musim tapi memang puas hati akhirnya United mampu menang ke atas Barcelona.

Dan ini adalah Highlight of Manchester United's US Tour 2011.

Perlawanan pertama Jelajah Amerika Syarikat 2011 menentang New England Revolution pada 13 Julai di Gillette Stadium. United menang 4-1. Gol-gol United dijaringkan oleh  Michael Owen, Federico Macheda (2 gol) dan Park Ji Sung. Gol NER dijaringkan oleh Kenny Mansally.

Seminggu kemudian pada 20 Julai bertempat di Centurylink Field United membelasah Seattle Sounders dengan jaringan 7-0 dan hatrik oleh Rooney. 4 gol lagi masing-masing dijaring oleh Michael Owen, Diouf, Park Ji Sung dan Gabriel Obertan.

Di Soldier Field pada 23 Julai United meneruskan jelajah kemenangan sekitar Amerika Syarikat dengan mengalahkan Chicago Fire 3-1. Kali ini Wayne Rooney terus memberi sumbangan golnya dan dua lagi masing-masing dijaringkan oleh Rafael da Silva dan Nani.

Kehadiran Beckham dan Henry dalam MLS All Stars nampaknya tidak ada apa-apa kesan yang besar apabila United dengan mudah mengalahkan pasukan itu 4-0 di Red Bull Arena dengan gol dijaringkan oleh Anderson, Park, Berbatov dan Welbeck. Walaupun ada cakap-cakap tentang pemergian Berbatov dari Old Trafford tapi dia masih mampu dan mahu menjaringkan gol untuk Red Devils.

Jelajah Amerika Syarikat diselesaikan dengan kemenangan 2-1 ke atas Barcelona di FedEx Field. Tampak jelas Barcelona sedikit tempang tanpa Messi dan kemenangan itu sekurang-kurang menebus kehampaan ketika tewas kepada Barcelona dalam final Liga Juara-Juara. Gol United dijaringkan oleh Nani dan Owen manakala Thiago menyumbangkan gol tunggal Barcelona.

Jika corak permainan seperti waktu jelajah ini terus dipamerkan oleh United aku yakin dan percaya kejuaraan liga ke-20 akan jadi milik United lagi pada musim hadapan. Tetapi masih awal untuk sebarang jangkaan kerana bola itu bulat (sfera sebenarnya).
Rangkuman Jelajah Amerika Syarikat 2011 Manchester United Rangkuman Jelajah Amerika Syarikat 2011 Manchester United Reviewed by faizalnizam on August 04, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. Salam Faizal...

    Entah bila Man U nak datang Malaysia lagi... :s

    ReplyDelete
  2. ::sis nad::
    gayanya lambat lagi lah United nk datang Malaysia. mau 4,5 tahun lagi ni. hmmm.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.