Widget Random Post No.

Guru Besar Yang Menyambut Kedatangan Murid-Muridnya

Sepanjang aku kenal apa itu sekolah, dari seawal-awal tadika ke sekolah rendah (temasuklah sekolah agama rakyat), ke menengah rendah dan akhirnya ke menengah atas, tiada guru besar yang berdiri di pintu utama sekolah setiap pagi menyambut murid-murid.

Walaupun begitu aku tidak bermaksud guru besar-guru besar aku tidak bagus. Mereka semua bagus dalam cara mereka sendiri, dengan kaedah dan pendekatan masing-masing.

Tetapi apa yang dilakukan oleh seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Singapura barangkali sesuatu yang sangat luar biasa dan jarang-jarang dapat kita lihat.

Guru besar Tao Nan School, Dr. Chin Kim Woon akan berdiri di pintu sekolah setiap pagi, melemparkan senyuman dan mengucapkan selamat kepada setiap murid sekolahnya dari darjah 1 hingga darjah 6 semasa mereka berpusu-pusu memasuki sekolah, tidak kira samada cuaca cerah atau hujan.

Dr. Chin Kim Woon malah pernah membawa sebuah payung yang besar untuk memayungi anak muridnya dari kereta ke bangunan sekolah semasa hari hujan selepas ibu bapa murid itu menghantarnya ke sekolah.

Dalam temubual dengan Shin Min Dailu, Dr. Chin berkata dia melakukan rutin itu setiap pagi kerana dia percaya waktu pagi adalah waktu yang paling penting dalam satu-satu hari.

Dr. Chin memetik satu pepatah lama Cina tentang, "bagaimana perancangan seseorang untuk hari itu bergantung kepada waktu paginya".

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perguruan, dia berkata sangat penting untuk "penuh semangat dan bertenaga pada waktu pagi", dan dia berbuat demikia dengan harapan memberi permulaan yang baik kepada semua pelajarnya setiap hari.

Contoh melalui teladan - secara peribadi, aku rasa itu yang terbaik untuk menyifatkan perilaku Dr. Chin. Perbuatannya itu secara tidak langsung memberi panduan moral kepada setiap anak muridnya dan dia menjadi direct role model kepada pelajarnya.

Satu perkara yang bermain di fikiran aku, bagaimana agaknya murid-murid yang sampai lambat (latecomers)?

[sumber: asiaone edvantage]
Guru Besar Yang Menyambut Kedatangan Murid-Muridnya Guru Besar Yang Menyambut Kedatangan Murid-Muridnya Reviewed by faizalnizam on August 17, 2011 Rating: 5

8 comments:

  1. :) Betul-betul pendidik berdedikasi ni.. Rasanya semua anak murid menghormatinya.

    ReplyDelete
  2. yeke?

    sekolah nis

    tun mamat school.

    pengetua dia,tetiap hari tunggu student depan pagar..

    tegur2..menyapa..

    time balik sekolah pun same

    jam 2.30

    dia dgn student same2 kat pintu pagar..

    siap gtau

    "bebaik naik beskal/moto/jalan kaki..jgn lupe siapkan keje sekolah.."


    amacam bro?

    ReplyDelete
  3. budak2 yg lambat sure tersengih-sengih tataw nk respons ape bila tuan pengetua sendiri dok tercongok kat entrance.

    haha...

    ReplyDelete
  4. ::anif::
    itu mmg pasti bro.

    ::anisa::
    ok. baguslah kalau ada pengetua mcm tu dalam Malaysia.

    ::shandye::
    hahaha.. mereka hanya mampu tersengih je lah.

    ReplyDelete
  5. Salam Fyzal...

    Bagus gila guru besar tu.... Nampak dia menghargai murid2nya... :)

    ReplyDelete
  6. ::sis nad::
    memang betul. contoh melalui teladan :)

    ReplyDelete
  7. BAGUSNYE GURU BESAR CAM TU..FRIENDLY..MESTI BEBUDAK SCHOOL TU tak mo dtg lewat...

    ReplyDelete
  8. cikgu besar pun ada title Dr?

    wow.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.