Widget Random Post No.

London Riot - Perlawanan Pembukaan Premier League Mungkin Ditunda

Rusuhan di London (London Riot) baru-baru ini bukan sahaja meninggalkan kesan di jalanan-jalanan, malah bola sepak Inggeris juga mungkin akan terasa impaknya kerana dikhabarkan beberapa perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris mungkin akan ditunda jika masih ada isu keselamatan.

Walaupun keadaan sudah kembali tenang di jalan-jalan sekitar London, tetapi pihak Liga Perdana akan bertemu dengan pihak Polis Metropolitan dan Liga Bola Sepak untuk memutuskan tindakan yang terbaik dalam keadaan London baru sahaja tenang sedikit daripada rusuhan yang baru berlaku.

Tetapi penundaan itu sekadar kemungkinan. Jika keadaan semakin reda dan isu keselamatan semakin pulih, perlawanan pembukaan Premier League barangkali akan berlangsung seperti yang telah dijadualkan. Dan memang aku harap London akan kembali tenang dan bola sepak boleh bermula seperti biasa.

Bagi mereka yang menjadi mangsa semasa rusuhan, pasti sedikit sebanyak menyebabkan trauma. Peniaga-peniaga yang mengalami kerugian pasti mesti bertungkus lumus membaik pulih keadaan perniagaan mereka. Lihat tiada yang baik terhasil daripada rusuhan seperti itu. Semuanya menyusahkan banyak pihak termasuk sukan bola sepak.
London Riot - Perlawanan Pembukaan Premier League Mungkin Ditunda London Riot - Perlawanan Pembukaan Premier League Mungkin Ditunda Reviewed by faizalnizam on August 10, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. takde perhimpunan aman,kelak akan jadi rusuhan.erm,hehehe

    ReplyDelete
  2. ::elyana::
    lihat sahaja apa sudsh jadi dengan london. boleh berhimpun tetapi selalunya ada risiko sedemikian.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.