Widget Random Post No.

Tiada Upaya Memenangi Trofi Lagi Maka Mereka Bicara Hal Sejarah

Bicara perihal bola sepak sedikit. Waktu aku taip entri ini aku baru lepas membaca beberapa entri di sebuah blog bola sepak yang dianggotai oleh beberapa orang blogger. Seronok membaca di sana. Bercakap soal kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kejuaraan Eropah, aku sungguh pelik apabila peminat penyokong sebuah kelab sejarah ini tidak habis-habis berbangga soal berapa pantas tempoh mereka memenangi beberapa kejuaraan walaupun hakikatnya bilangan rekod kejuaraan liga kelab sejarah itu sudah ditundukkan dengan satu rekod baru pasukan satu lagi yang lebih baik tetapi tidak sombong. Dan semuanya adalah sejarah-sejarah belaka. Sejarah lama - sebelum Premier League diperkenalkan pada tahun 1992.

Tapi tiada masalah, biarlah mereka berbangga dengan sejarah-sejarah tanpa merasai kejuaraan terbaru, yang masih segar bugar, yang masih terasa nikmat kejuaraannya. Pasukan yang terus memandang ke hadapan yang akan terus menjuarai persaingan bukan yang asyik dengan kisah-kisah lampau sekadar mahu menyedapkan hati sendiri supaya luka luka kekalahan dan ketidakupayaan merangkul kejuaraan boleh dilupakan. Bagi pasukan Juara, yang sekali lagi Juara Liga musim lalu, persetankan semua cakap-cakap sejarah pasukan satu lagi yang tak habis-habis baru bercakap tentang tempoh masa sedang angka 18 mereka sudah pun tumpas kepada kejuaraan ke-19 Kelab Juara. Dan bersedia untuk merangkul trofi Liga yang ke-20.
Tiada Upaya Memenangi Trofi Lagi Maka Mereka Bicara Hal Sejarah Tiada Upaya Memenangi Trofi Lagi Maka Mereka Bicara Hal Sejarah Reviewed by faizalnizam on August 10, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. FAN LIVERFOOL MMG HDP DLM SEJARAH JE. PEDULIKAN MEREKA. BTW, KO TAK MENTION NM TEAM DLM ARTIKEL TP KO TAG NM TEAM TU. HAHA. TERSIRAT DAN TERSURAT

    ReplyDelete
  2. ::anon::
    memang aku sengaja buat camtu.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.