Widget Random Post No.

Panggilan Ke Arah Perpaduan: Aung San Suu Kyi

Apakah lagi yang lebih penting dalam sebuah negara kalau bukan perpaduan? Bermula dengan perpaduan barulah semua program dan dasar kerajaan yang membabitkan penglibatan rakyat dapat direalisasikan.

Dan Aung San Suu Kyi, dan politiknya yang pertama, bercakap, tidak lain dan tidak bukan, mengenai perpaduan dalam negaranya - Myanmar. Suu Kyi berada di Bago, melakukan lawatan politik pertama luar dari rumah sejak dibebaskan daripada tahanan rumah.

Ikon demokrasi Myanmar berumur 66 tahun itu memulakan lawatan satu hari dengan melawat sebuah pagoda di Bago sebelum majlis pembukaan sebuah perpustakaan berhampiran Tha Nat Pin dan Suu Kyi memberi ucapan di hadapan khalayak berjumlah sekitar 600 orang.

"We can develop this country only when we all work together," she said. "Unity is a strength, unity is needed everywhere and it is needed especially in our country."

Di Malaysia, secara kasarnya kita memang bersatu padu, tetapi selalunya sifat kesepaduan itu tidak bersifat total kerana perbezaan pendapat antara kita. Masalahnya ialah apabila perbezaan itu jadi kunci kepada perbalahan.

Perbezaan adalah sesuatu yang perlu diraikan dan dijadikan sebagai medium pertukaran maklumat dan permikiran. Perbezaan juga memerlukan kita bersikap bertoleransi dan memahami antara satu sama.

Dan perpaduan adalah proses yang berterusan yang mesti diberi keutamaan dan sentiasa dibaiki. Kerana jika perpaduan tidak diperlihara seelok-eloknya, ia bisa retak sedikit demi sedikit.

[sumber: asiaone news] 
Panggilan Ke Arah Perpaduan: Aung San Suu Kyi Panggilan Ke Arah Perpaduan: Aung San Suu Kyi Reviewed by faizalnizam on August 14, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. Bro, kekadang bila ego diri lg tebal dari kehendak berbakti...tu yang taknak bertolak ansur. Wahai sahabat, apakah ubat untuk semua ini?

    ReplyDelete
  2. ::fareed::
    ego kita itu puncanya. ubat untuk semua ini wahai sahabat, adalah perubahan "attitude" individu. selagi mana kepentingan diri adalah keutamaan paling utama, perbalahan, hasad dengki, "tikam-menikam" - akan terus-terusan hidup dan menjalar dalam masyarakat kita.

    ReplyDelete
  3. jangan berdengki la..tu jer..hehe

    ReplyDelete
  4. Pepatah Melayu ada mengatakan Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Kesatuan dan bersatu hati itu penting. Bukan senang tugas pemimpin untuk membina kepercayaan rakyat supaya menyokong dasar kerajaan

    ReplyDelete
  5. ::biomed::
    pemimpin mesti jadi kunci kepada perpaduan sekaligus membina polisi polisi yang memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh. kalau tak bersatu serba serbi tak menjadi nanti.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.