Widget Random Post No.

Keputusan Liga Perdana Inggeris 13 Ogos 2011

Enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris sudah selesai dan tanggapan awal yang boleh kita berikan berdasarkan enam perlawanan ini ialah musim ini persaingan merebut kejuaraan adalah lebih sengit.

Di Ewood Park, Wolverhampton Wanderers menundukkan tuan rumah Blackburn Rovers dengan jaringan 2-1. Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-20 melalui Formica tetapi dua minit kemudian pelawat menyamakan kedudukan melalui jaringan Fletcher. Babak pertama berakhir dengan kedudukan 1-1. Dan seawal babak kedua pada minit ke-47 Ward menambah satu gol buat Wolverhampton Wanderers. Kedudukan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan.

Fulham yang menerima kunjungan Aston Villa di Craven Cottage gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila perlawanan berakhir tanpa jaringan. Aston Villa yang menjual Ashley Young kepada United mungkin berasa sedikit terkesan dengan ketiadaan pemain itu.

Jaringan Suarez seawal minit ke-12 barangkali membuatkan Liverpool berkira-kira memenangi perlawanan liga pertama mereka tetapi muka baru dalam pasukan Sunderland, Sebastian Larsson menafikan kemenangan Liverpool di arena sendiri apabila gerakan "scissor kick" Larsson menewaskan Pepe Reina. Keputusan 1-1 hingga wisel penamat. Jika Suarez tidak mensia-siakan penalti pada minit ke-7, mungkin kemenangan sudah jadi milik tuan rumah.

Untuk minggu pertama ini, Bolton Wanderers dapat merasai nikmat berada di puncak liga dengan kemenangan 4-0 ke atas Queens Park Rangers. Cahill memberikan gol pembukaan pada minit ke-45 dan gol sendiri Gabbidon menjadikan kedudukan 2-0. Klasnic dan Muamba masing-masing menyumbang satu gol pada minit ke-70 dan 79.

Di DW Stadium, bermain di laman sendiri Wigan Athletic juga gagal memanfaatkannya. Penalti pada minit ke-21 meletakkan Wigan di hadapan melalui Watson tetapi Hoolahan kemudian memberi gol penyamaan buat Norwich City pada minit ke-45. 1-1 hingga tamat permainan.


Berkunjung ke St. James' Park, Arsenal hanya mampu pulang ke Emirates dengan satu mata. Perlawanan sedikit tercemas akibat perselisihan antara pemain tengah Newcastle United, Barton dan Gervinho menyebabkan Gervinho dilayangkan dengan kad merah selepas dia menampar Barton. Sepakan percuma Robin van Persie yang sedikit tersasar hampir memberi gol buat Arsenal. Tiada gol yang dijaringkan dalam perlawanan ini.

Daripada 6 perlawanan ini bermakna hanya Wolverhampton Wanderers dan Bolton Wonderers yang memperoleh 3 mata penuh. Pertemuan Tottenham-Everton ditunda mungkin kerana kesan rusuhan di London baru-baru ini. Esok 14 Ogos dua lagi perlawanan akan menyusul dan satu perlawanan pada hari Isnin 15 Ogos.
Keputusan Liga Perdana Inggeris 13 Ogos 2011 Keputusan Liga Perdana Inggeris 13 Ogos 2011 Reviewed by faizalnizam on August 14, 2011 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.