Widget Random Post No.

Pelajar Ugut Guru Mahu Gred Lebih Baik

Peristiwa ini terjadi di China. Pelajar zaman sekarang memang bukan macam zaman mak abah kita. Orang-orang tua selalu cerita zaman dulu, mereka memang takut dengan guru-guru mereka.

Tapi sekarang, pelajar-pelajar siap hantar SMS ugutan kepada guru-guru mereka. Untuk apa? Kerana mahukan gred yang lebih baik. Ini apa yang berlaku di China dan aku tidak pasti kalau ada kes yang serupa terjadi dalam Malaysia.

Seorang guru dari bandar Nanjing, ibu kota wilayah Jiangsu di bahagian Timur China menerima satu mesej menyumpah keluarganya supaya mati kerana dia memberi seorang pelajar gred yang rendah dalam kelas "surveying".


Guru itu dah buat laporan polis pun berikutan mesej yang dia terima dan berjaya mengesan penghantar mesej itu dengan menjejak nombor telefonnya.

Serius, aku tak tahu apa yang ada dalam kepala budak itu. Langsung tiada rasa hormat pada cikgu sendiri. Kalau nak gred bagus kenalah berusaha. Kalau usaha setakat 50-60 peratus, maka markah pun takat-takat itu sajalah.

Tetapi berita itu juga melaporkan pelajar itu kemudiannya menghantar mesej memohon maaf atas perbuatannya dan menyesal menghantar mesej ugutan berkenaan. Dia kata dia bertindak "on impulse" selepas merasakan gred yang diperolehnya adalah tidak wajar.

Baguslah, sekurang-kurangnya dia mohon maaf. Itu bahagian yang baik tentang budak itu. Aku harap tiadalah pelajar-pelajar Malaysia kita yang mengugut guru atau pensyarah kerana mahu gred baik

Mahu gred baik usahalah dengan usaha yang wajar dan "proportionate" untuk dapatkan gred yang baik itu.

[sumber: asiaone edvantage]
Pelajar Ugut Guru Mahu Gred Lebih Baik Pelajar Ugut Guru Mahu Gred Lebih Baik Reviewed by faizalnizam on August 02, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. Di Malaysia, tak puas hati dengan cikgu boleh kena pukul!

    ReplyDelete
  2. ::anif::
    tak ugut dah terus pukul je. lagi bahaya kalau macam ni.

    ReplyDelete
  3. not wanting to sound like a total tell-all bitch, tapi a few of the international students here kat my uni (especially yg dr mainland china) mmg terkenal dgn attempts diorang utk persuade/bribe/threat lecturers for better grades.

    there is one time, this international student in my class... her attendant was like crazy horrible (only attended like 4 classes throughout the semester! pretty crazy i should say) and she was like barred from sitting the exam.

    when the day of the exam come, she come up to my lecturer and tried to push some cash to him so that he would lift the bar and she can sit for the exam.

    gila, kan?

    hell no my lecturer nak bg dia sit for that exam. let that bitch fail!!!

    padan muka dia...

    muahahahaha....

    ReplyDelete
  4. ::shandye::
    agak kurang ajar jugak lah student tu. maybe these people dah biasa buat macam tu so they feel nothing to do it to anyone. kalau daripada peringkat sebagai pelajar dah reti bagi duit dan seumpamanya, nanti dah bekerja entah macam mana la gamaknya.

    ReplyDelete
  5. bahay jgk student cmtu..
    ms study dulu, stdnt dr sana tu selalu buat yg pelik2..kdg2 jd bahan ketawa..

    ReplyDelete
  6. ::sutera kasih::
    mungkin diaorang memang suka buat benda bukan-bukan ni. terbiasa dengan culture pendidikan diorang gamaknya.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.