Widget Random Post No.

Catatan Ramadan: Kurang Sihat Pada Hari Kedua

Hari kedua Ramadan ini terganggu sedikit kerana sakit kepala pada malam sebelumnya berlarutan hingga ke pagi. Jadi selepas solat Subuh terus tidur semula dan tidak pergi kerja. Barangkali sudah makruh sedikit puasa hari ini kerana asyik tidur akibat sakit kepala. Aku sekadar buar kerja sikit-sikit sahaja di rumah. 

Sebelah petang sakit kepala sudah berkurang dan waktu menulis entri ini pun bagai sudah terasa hilang sepenuhnya cuma masih ada sedikit sedikit yang kadang-kadang terasa. Harap-harap puasa hari ketiga tidak ada masalah lagi, tidak sakit kepala dan dapat pergi ke Resource Centre untuk teruskan kerja-kerja penterjemahan.

Berbuka puasa hari kedua ini berbuka dengan mee goreng yang dibeli di Bazaar. Sebab aku beli mee goreng itu? Sebab cara mee goreng itu dimasak, warnanya seperti cara ibu aku masak mee goreng. Bila waktu berbuka, rasanya tidaklah sama sangat tapi bolehlah. Lauknya ayam percik, sudah lama tidak makan ayam percik, waktu waktu Ramadan ini memang banyak gerai ayam percik.

Ramadan baru hari kedua, esok hari ketiga. Masih awal, mesti kuat meneruskan azam dalam Ramadan yang mulia ini, Jadi selamat meneruskan puasa kepada kalian semua.
Catatan Ramadan: Kurang Sihat Pada Hari Kedua Catatan Ramadan: Kurang Sihat Pada Hari Kedua Reviewed by faizalnizam on August 02, 2011 Rating: 5

12 comments:

  1. drink lots of water. that'll cure the headache.

    sy pun baru hr kedua bibir dah mula kering.

    hurm...

    ReplyDelete
  2. ::shandye::
    thanks bro. badan baru adapt kot. itu yang bibir kering bro.

    ReplyDelete
  3. seimbang kan permakanan.gula jugak penting bila seharian kite puasa.bila bersahur,ambik secwn air manis dn lebihkn air masak.good 4 ur health.

    ReplyDelete
  4. ::penulis::
    thanks for the guide :) tak best betul kalau jd kurang sehat puasa-puasa ni. nt jadi kurang bersemangat.

    ReplyDelete
  5. steady bro steady :) selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. masa berbuka & bersahur, bykkan minum air suam..jgn byk minum air manis..

    ReplyDelete
  7. ::naz::
    hahaha.. tgh steady ni. syukur puasa ke 3 ni sihat2 je.

    ReplyDelete
  8. ::sutera kasih::
    insyaAllah. sahur hari ni pun dekat 1 liter air mineral saya teguk. lepas ni pun berbuka taknak minum manis2 dah.

    ReplyDelete
  9. huhu..rehat dulu amik cuti..

    ReplyDelete
  10. ::apik::
    tak ambik cuti pun. dah okey ni. move on move on. hehehehe.

    ReplyDelete
  11. hari ni kite beli dadih
    kompem kepala tak pusing lagi

    k bai

    ReplyDelete
  12. ::anisa::
    pergi bazar lainlah hari ni.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.