Entri bola sepak pukul 1 pagi. Ogos ini musim baru Liga Perdana Inggeris akan bermula dimulaik dengan perlawanan Perisai Komuniti and dua jiran tetangga - Manchester United v Manchester City. Tetapi entri kali ini tentang perlawanan testimonial Paul Scholes antara United dan New York Cosmos.
Hajat aku nak tengok perlawanan ini tidak kesampaian sebab aku tak terjaga pukul 230 pagi hari Sabtu. Makanya, aku hanya muat turun video gol-gol perlawanan itu. United menang 6-0 dengan salah satu gol iaitu gol pembukaan perlawanan dijaringkan oleh Paul Scholes - rembatan jarak jauh yang sememangnya menjadi "trademark" Scholes seawal minit ke-9.
Paul Scholes akan diingati sebagai salah seorang pemain yang paling setia bersama United. Dan sumbangannya tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan lagenda-lagenda United yang lain. Dan masih menjadi persoalan siapa yang paling layak menggantikan Scholes selepas persaraannya.
Kehadiran di Old Trafford dalam perlawanan ni seramai 74,731 dan gol-gol United dijaringkan oleh Scholes (9), Rooney (28 Pen), Anderson (50), Welbeck (59) dan Diouf (69,74).

Perlawanan Testimonal Paul Scholes | Manchester United 6-0 New York Cosmos
Reviewed by faizalnizam
on
August 07, 2011
Rating:
![Perlawanan Testimonal Paul Scholes | Manchester United 6-0 New York Cosmos](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuxLcCIEwX4p2mk5ylt9ewhakT7gry-Hjf2O4WpihxJaRo65nHS1ok2DeU_sHGFDtIhkFUvkay6CecD8rtTH4fbd7cAIxhs9zVtZ-XuyvVyPc06GpAbJCdsnx36pr7-955SQO0hixVqNc/s72-c/paul_memories.jpg)
No comments:
appreciating your feedback and response!