Widget Random Post No.

Alexa Ranking Laman Rasmi 10 Kelab Liga Perdana Inggeris | Bola Sepak Bukan Sekadar Di Atas Padang

Kalau di kalangan sebahagian blogger tegar, Alexa Ranking merupakan salah satu priority mereka. Malah jangan kita nafikan banyak blogger yang telah banyak menulis perihal Alexa Ranking. Ia bagus sebenarnya. Selain sebagai motivasi dalam berblogging kita juga peroleh pengetahuan tentang apa sebenarnya Alexa Ranking melalui entri-entri blogger-blogger berkenaan.

Jadi, kepada blogger-blogger yang juga merupakan peminat bola sepak atau lebih khusus peminat Liga Perdana Inggeris, pernahkah anda terfikir Alexa Ranking bagi laman web rasmi kelab bola sepak favorite kalian? Tidak menjadi kepedulian kita pun sebenarnya tapi aku mahu berkongsi Alexa Ranking 10 kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris mengikut turutan abjad.

Kita lihat laman web kelab bola sepak siapa yang paling kerap dikunjungi berdasarkan ranking oleh Alexa. Jadi sama-sama kita lihat di bawah ini:

[Alexa Ranking setakat jam lebih kurang 2 pagi Sabtu 7 Ogos 2011]

Daripada sepuluh kelab di atas, laman rasmi Manchester United, www.manutd.com mendahului dengan ranking #1,888 membuktikan betapa kerap sumber rasmi Red Devils itu dilawati. Diikuti oleh Liverpool dengan ranking #2,366. Arsenal #4,012. Chelsea ketinggalan jauh daripada 3 musuh utamanya dengan ranking #8,354. Dan kelab-kelab adalah seperti yang tertera di atas.

Red Devils sekali lagi menyerlah. Bukan sahaja di atas padang malah di ruang siber juga pasukan gergasi Inggeris itu mendahului. Glory Glory Man Utd. Musim baru yang akan bermula ini saingan liga pasti lebih sengit dengan semua pasukan sudah bersedia dengan pembelian pemain-pemain bagi memperkukuh skuad masing-masing.
Alexa Ranking Laman Rasmi 10 Kelab Liga Perdana Inggeris | Bola Sepak Bukan Sekadar Di Atas Padang Alexa Ranking Laman Rasmi 10 Kelab Liga Perdana Inggeris | Bola Sepak Bukan Sekadar Di Atas Padang Reviewed by faizalnizam on August 07, 2011 Rating: 5

8 comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.