Widget Random Post No.

Perspektif [i] | Aidifitri Pada Mata . . .

Ada sedikit masa terluang maka aku menulis entri ini. 1 Syawal ini hari gembira tetapi seperti biasa kita selalu diingatkan ada juga yang kurang bernasib baik - saudara-saudara seagama kita yang berada di kawasan bergolak.

Jadi Aidilfitri, pada sesetengah orang - perspektif mungkin ada yang berbeza. Jadi "Perspektif" ini adalah satu idea yang aku beroleh tidak berapa lama dahulu - yang bertujuan mahu mengajak blogger-blogger lain yang berminat mahu menulis perihal yang sama untuk berkongsi pandangan (perspektif) mereka dalam blog mereka dan entri mereka sendiri.

Caranya mudah. Guna tajuk yang sama seperti entri ini tetapi tambah sahaja di hujungnya. Contoh: "Perspektif [i] | Aidifitri Pada Mata Seorang Juruterbang - jika anda seorang juruterbang - anda boleh pilih apa sahaja perkataan yang sesuai untu menggambarkan diri anda. Kemudian tulis sahaja entri itu mengikut gaya penulisan kalian dan akhir sekali tinggalkan url entri kalian di entri ini supaya aku boleh ke sana untuk membaca perspektif kalian.

Jadi pada aku adalah Aidilfitri Pada Mata Seorang Perantau. Benar Selangor dan Perak bukanlah sejauh Malaysia dan Manchester - tetapi aku tetap menyifatkan diri aku sebagai perantau - dan setiap kali Aidilfitri aku masih dapat pulang ke kampung berhari raya.

Perspektif aku - jika dibandingkan dengan para perantau yang lain - mungkin tidak banyak bezanya. Merantau kerana mengejar cita-cita - dan pada detik Aidilfitri pun aku kadang-kadang terfikir bagaimana untuk mengharung satu lagi semester supaya aku peroleh kerjaya dalam bidang undang-undang yang aku impikan.

Aidilfitri kali ini secara peribadi ada sedikit berbeza tetapi sayang aku tidak dapat kongsikan di sini kerana terlalu peribadi dan melibatkan ahli keluarga terdekat yang lain. Tetapi syukur kepada Allah. Aidilfitri kali ini masih meriah seadanya dan jangan langgar peraturan jalan raya di Aidilfitri ini.

Bagaimana dengan perspektif kalian?
Perspektif [i] | Aidifitri Pada Mata . . . Perspektif [i] | Aidifitri Pada Mata . . . Reviewed by faizalnizam on August 30, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. dear.
    aidilfitri kali ni nis pun sedih.
    sebab tak balik kampung.
    luka lama masih ada lagi

    :|

    ReplyDelete
  2. saya dtg sbb nk balas komen kamu drop di blog saya; http://aduka5.blogspot.com/2011/08/iklan-thai-yang-boleh-buat-kita.html?showComment=1313862745548#c1631625503589088503

    sorry sgt2 sbb lmbt reply! :D

    anyway, based on tajuk ni.. hmmm.. mmg btol.. kita sering alpa kpd org yg krg bernasib baik di luar sana ketika syawal menjelma.. bagus entry ni sebenarnya.. kalu kita kupas dgn lebih mendalam lebih byk isu leh timbul hanya kerana 1 syawal.. walaupun begitu, nak korek idea dan perspektif ni bukan perkara mudah.. lain org lain perspektif kan? bg aku yg krg bergembira perlu kita hiburkan. jadi 1 syawal memerlukan tindakan alternatif dgn menghiburkan manusia yg kurang bernasib baik di luar sana. mungkin payah nak faham. tp itulah agenda aku. syawal tak bermakna kita beraya didorong keseronokan dan adat saja. tapi ia 'kemenangan'. kemenangan yg pelbagai.

    =)

    ReplyDelete
  3. hoho..aku x dapat beraya dgan sempurna tahun ni bro.. haha..ada maslah sikit.. huwaa.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.