Widget Random Post No.

Sneijder Ke Old Trafford?

Cakap-cakap tentang kedatangan Sneijder ke Old Trafford memang sudah lama berbunyi. Terbaru ialah laporan oleh akhbar The Mirror seperti yang ditulis oleh David Maddock bahawa bidaan untuk mendapatkan Sneijder telah diterima dan dia akan menjadi sebahagian daripada United hanya jika dia menerima perjanjian pembayaran gaji yang telah distruktur semula.

Isu sebenarnya yang menghalang transaksi antara United dan Inter Milan adalah "demand" gaji daripada Sneijder sendiri. Inter Milan sendiri sudah bersedia akan memberi kebenaran kepada Sneijder untuk bercakap dengan wakil dari Old Trafford.


Secara peribadi aku tidak rasa United perlukan pemain seperti Sneijder kerana wang adalah matlamatnya bukan reputasi kelab. Alex Ferguson mungkin wajar mempertimbangkan pemain tengah lain yang bukan sahaja mempunyai kehebatan seperti Scholes tetapi juga punya semangat sayangkan kelab seperti lagenda United itu.

Pemain tengah yang ada pun rasanya sudah cukup bagi menguat dan memperkemaskan pasukan. Kalau Sneijder tak ke Old Trafford pun aku tak kisah.
Sneijder Ke Old Trafford? Sneijder Ke Old Trafford? Reviewed by faizalnizam on August 03, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. alaa...

    nis baru tulis pasal die niee..

    esok kuar paper.

    benci Man U


    >:P

    ReplyDelete
  2. sneijder terbaek ah!
    rindu nk tgk game dia dgn netherlands. huhu

    ReplyDelete
  3. ::anisa::
    jangan nak benci Man Utd ye. itu pasukan saya.

    ReplyDelete
  4. ::nurfarahin::
    tp dia demand gaji lebih. itu yang kurang gemar tu.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.