Widget Random Post No.

Tangkap Jerung Harimau Seberat 575-Pound

Aku bukanlah fan sukan/aktiviti memancing. Dan dalam hidup aku, aku tak pernah ada walaupun sebatang joran. Kalau aku pernah pegang joran pun, joran itu adalah milik kawan aku takpun milik sepupu sepapat aku yang kaki pancing.

Tetapi bila aku terbaca satu artikel ini, aku terkagum pula dengan kehebatan seorang mat saleh yang berjaya menangkap seekor tiger shark atau dalam bahasa kita dikenali sebagai jerung harimau seberat 575-pound bersamaan dengan 261.4 kg.

Apa yang menakjubkan tentang tangkapan Brett Sinclair ini ialah bukan semata-semata kerana saiz dan berat pemangsa itu tetapi kejayaan tangkapan Sinclair dibuat hanya menggunakan tali kail dengan breaking strength hanya 13 pound di atas bot yang panjangnya lebih kurang dengan jerung tersebut.

If the catch is approved by the International Game Fish Assn., it'll become a new world record for the line class, eclipsing the present record by more than 220 pounds.

[sumber: the grindtv blog]

Gambar di atas menunjukkan saiz jerung itu yang lebih besar daripada penangkapnya. Aku cuba bayangkan situasi masa Sinclair tengah bertarung nak bawa naik jerung tu ke atas bot - susah nak bayangkan. Ada tak blogger yang ada pengalaman tangkap/pancing ikan yang besar-besar?
Tangkap Jerung Harimau Seberat 575-Pound Tangkap Jerung Harimau Seberat 575-Pound Reviewed by faizalnizam on August 20, 2011 Rating: 5

4 comments:

  1. sekarang nis pelik.bila masa awak buat entri ni

    ReplyDelete
  2. Pelik Bro..
    Entah berapa lama la dia bertaruh dengan Jerung tu..Nak bertaruh dengan Toman pun separuh mati,apatah lagi jerung..

    ReplyDelete
  3. anisa :
    dah lama ada dalam draf. tekan publish je.

    PKE :
    skill tinggi mamat ni bro. tp mesti lama punya.

    tiefazatie :
    memang dasyat.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.