Widget Random Post No.

"Top 25" Destinasi Di Dunia | No.21 - Florence Itali

Ada sesetengah orang sangat berminat dengan tempat-tempat yang belum pernah mereka pergi dan aku termasuk dalam golongan itu. Belum ada peluang dan rezeki barangkali. Kerana itu aku sangat tertarik tentang Top 25 Destination In The World. No. 25, 24, 23 dan 22 telah aku kongsikan dalam entri terdahulu.

Dan aku masih mesti meletakkan entri-entri tentangnya hingga selesai kesemua 25 tempat tersebut. Senarai Top 25 ini aku peroleh daripada asiaone relax yang memberi kenyataan ringkas tentang semua 25 destinasi yang dimaksudkan. Dan aku kongsi dalam blog ini dengan beberapa maklumat tambahan daripada sumber-sumber tertentu. Memandangkan aku tidak pernah ke sana, logiknya aku tidak akan boleh bercerita berdasarkan pengalaman.

No.21 Destinasi Di Dunia ialah Florence, Italy. Florence barangkali sebuah destinasi yang mesti dilawati sekali seumur hidup kerana ia sentiasa disifatkan sebagai sebuah tempat bersejarah dan merupakan "rumah" kepada pelbagao monumen dan muzium yang cantik-cantik belaka. 1982, Florence diisytiharkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO.

#21. FLORENCE, ITALY - The city, which was declared UNESCO World Heritage Site in 1982, is a major centre rich in historical roots and the arts. TripAdvisor recommends watching the opera at St. Mark's Anglican Church, get magnificent panoramic views of the city from the Piazzale Michelangelo and visit the Basilica of Saint Mary of Florence, a Gothic-styled cathedral.

[source: asiaone relax]

Beberapa perkara menarik tentang Florence:
1. Pada 59 BC, Julius Caesar mengasaskan Florence lokasi persaraan bagi tentera veterannya.

2. Orang yang tinggal di Florence dikenali sebagai "Florentines".

3. Nama Itali bagi Florence adalah "Firenze".

4. Bandar Florence dianggap sebagai "tempat kelahiran Renaissance Itali" dan "Athens Zaman Pertengahan.

5. Beberapa tokoh terkenal seperti Leornardo da Vinci, Niccolo Machievelli, Galileo Galilei, Donatello, Rafael dan Guccio Gucci pernah tinggal di bandar Florence.

[sumber: florencefunfacts]
[sumber: veneretravelblog]
"Top 25" Destinasi Di Dunia | No.21 - Florence Itali "Top 25" Destinasi Di Dunia | No.21 - Florence Itali Reviewed by faizalnizam on August 10, 2011 Rating: 5

5 comments:

  1. loved the old-school architecture that can be found in florence.

    santek kot...

    ReplyDelete
  2. ::anisa::
    ada uwang nye??

    ::shandye::
    yes. the art is outstanding.

    ReplyDelete
  3. tempat ni mmg cantik gila! kena pergi faizal! xrugi! =)

    ReplyDelete
  4. ::eilya::
    sumber kewangan cukup memang aku pergi dah.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.