Widget Random Post No.

London Riot - Pengajaran Tentang Harga Keamanan

Rusuhan (riot) barangkali semakin sinomin dengan fenomeno dunia. Kali ini London lokasi terbaru rusuhan selepas Kuala Lumpur Bersih 2.0 Julai 2011 yang lalu. Adakah ini "kesan baju kuning" Queen Elizabeth semasa menyambut lawatan daripada PM Malaysia kita?

London sekarang sudah pasti dalam kelesuan, kesedihan dan sedikti kecelaruan barangkali. Kedai-kedai dan premis-premis diserang, malah ada yang dibakar. Bagi para penyokong "demo aman" barangkali perspektif "demo aman" perlu diteliti semula dalam-dalam. Kerana memang niatnya aman, tapi harus diingat akan sentiasa ada golongan kecil yang selalu bersedia untuk berprovokasi sekaligus apa yang disifatkan aman pada mulanya tidak lagi begitu aman. London kini merasainya - London Riot!

Selepas Bersih 2.0 dan kini London Riot - kita harus pandang semula bahawa hak untuk berkumpul/berhimpun memang dijamin oleh Perlembagaan tetapi apabila ada kemungkinan adanya anasir-anasir yang akan "mengharubirukan" sesuatu perhimpunan itu - itu yang biasanya permit berhimpun sukar diperoleh. Tetapi mujurlah semasa 9 Julai lalu tiada bangunan atau premis terbakar sebagaimana yang berlaku di London.

Menurut laporan AFP, di Birmingham 138 orang ditangkap selepas malam rusuhan kerana keganasan merebak dari London ke tempat lain. Sekurang-kurangnya 30 buah kedai dan premis lain telah diserang. 800 perusuh bertopeng memecahkan kedai-kedai malah stesen polis turut dibakar. Sebanyak hampir 400 orang polis dikerahkan untuk menangani gangguan berkenaan.

Keamanan bukan perkara mudah diperoleh, sekali kita dapat jangan disia-siakan disebabkan ego yang berlebih-lebihan kerana walau bagaimanapun ketidakpuashatian kita dalam sesuatu perkara pasti ada "jalan-jalan" lain yang lebih selamat yang boleh kita ambil. "Jalan-jalan" selamat yang tidak berpotensi menjejaskan keselamatan dalam negara bukannya memenuhkan jalan-jalan hingga menyukar dan menyusahkan orang lain. 

London Riot - semoga ini satu lagi kejadian yang akan memberi pengajaran kepada manusia seluruh dunia betapa berharganya sebuah harta yang kita panggil sebagai "keamanan"!

[sumber: asiaone news]
London Riot - Pengajaran Tentang Harga Keamanan London Riot - Pengajaran Tentang Harga Keamanan Reviewed by faizalnizam on August 10, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. Hargailah keamanan.. Sama seperti kita meghargai hidup..

    ReplyDelete
  2. :;anif::
    memang betul bro. benda bukan senang nk dapat sebenarnya.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.