Widget Random Post No.

Sesak Oleh Tugas-Tugasan

Baru minggu ketiga semester tetapi aku rasa macam dah tak cukup tangan nak handle and manage semua kerja. Kadang-kadang rasa masa 24 jam tu tak cukup nak uruskan semua kerja dan tugasan. Sabtu dan ahad pun belun tentu cukup nak siapkan semua kerja.

Masih ada 3 bulan dan Januari adalah saat cemas peperiksaan akhir. Itu perasaan biasa apabila waktu-waktu besar seperti itu. Kemudian aku merancang untuk mulakan pupillage term dalam Mac atau April 2012, kalau boleh mahu mencari firma guaman sekitar Ipoh. Jika kalian tahu mana-mana firma guaman yang baik dan bereputasi di sekitar Ipoh tolong maklumkan pada aku.

Blog ini memang kurang dikemas kini apabila semester kerana aku terlalu sibuk dengan "sekolah". Cuma sekali sekala apabila benar-benar ada kelapangan yang sedikit seperti pagi sabtu, dapatlah aku menulis sesuatu di sini. Itu pun sekadar yang peribadi-peribadi sahaja tiada yang bersifat informative.

Jadi selamat berhujung minggu.
Sesak Oleh Tugas-Tugasan Sesak Oleh Tugas-Tugasan Reviewed by faizalnizam on October 01, 2011 Rating: 5

5 comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.