Widget Random Post No.

Tiga Bulan Yang Mendatang

Kalau kamu tanyakan kepada aku betapa aku rindu untuk menulis entri blog, membaca entri blogger-blogger yang aku suka dan meninggalkan komen memberi pendapat dan kongsian - Ya, memang aku sangat rindukan semua itu.

Tetapi kekangan itu tidak henti-henti. Hanya tiga bulan lagi, tiga bulan yang pastinya tidak mudah. Kesibukan tidak mampu aku perincikan. Setiap hari adalah kerja (termasuk Sabtu dan Ahad). Ini pun aku mencuri sedkit masa. Aku mahu menulis juga sesuatu di sini. Dan barangkali membuat sedikit lawatan ke blog-blog yang aku suka.

Kawan, buat mereka yang aku janji kan jersey bola sepak kerana kamu menang GA Tengku Nizam. Emelkan aku alamat rumah kamu dan bersabar. Hingga sibuk ku reda, aku belum dapat uruskan penghantaran. Janji tetap janji, aku tidak lupa, cuma barangkali akan terlambat sedikit (banyak sebenarnya).

Kawan, kalau ada yang membaca entri ini, aku belum mahu berhenti menulis blog walaupun ini bukan blog hebat yang jana ribuan ringgit setiap bulan.
Tiga Bulan Yang Mendatang Tiga Bulan Yang Mendatang Reviewed by faizalnizam on November 11, 2011 Rating: 5

1 comment:

  1. Blogger sejati tak membina blog demi menjana ribuan ringgit, tetapi demi menjana ribuan pengalaman dan pemikiran.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.