Widget Random Post No.

Event: Ada Apa Dengan 9 Januari

Kita akan melihatnya dalam perspektif dan konteks yang berbeza. Itu pasti. 9 Januari akan menyaksikan keadilan diangkat oleh kehakiman kita (dan seperti kita maklum, pihak yang kalah [biasanya] akan berhujah bahawa kehakiman tidak telus dan dikawal oleh orang-orang tertentu).

9 Januari barangkali adalah cerminan toleransi pihak PDRM yang memutuskan untuk membenarkan suatu golongan berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah. 9 Januari juga barangkali detik kebenaran. Atau detik ketidakpuashatian sesetengah pihak.

Ah. 9 Januari. Aku tetap kena menyelak buku sebab 11 Januari ada paper Advanced Criminal Procedure II. Oh ya.. kalau kalian pelajar juga, dan akan ke sana, mungkin kalian tiada paper pada hari itu atau sekadar tidak peduli tentang definisi peperiksaan, yang penting dapat berkumpul meluahkan apa yang kalian rasa kononnya "wajar" disuarakan.
Event: Ada Apa Dengan 9 Januari Event: Ada Apa Dengan 9 Januari Reviewed by faizalnizam on January 07, 2012 Rating: 5

1 comment:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.