Widget Random Post No.

Nation: Dibelasah Kerana Komen Di Facebook

Beberapa hari lepas aku kongsi berkenaan remaja ditangkap kerana status FB nya. Itu berlaku di luar Malaysia. Di Perlis seorang remaja perempuan di belasah kerana komen-komen yang ditulisnya di Facebook. Lagi bahaya Facebook tetapi tidak boleh salahkan pengasas Facebook, sebab FB bukannya tidak ada manfaatkan. Manusia itu sendiri yang kadang-kadang bertindak tanpa akal.


KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Sumber: Berita Harian
Nation: Dibelasah Kerana Komen Di Facebook Nation: Dibelasah Kerana Komen Di Facebook Reviewed by faizalnizam on February 02, 2012 Rating: 5

6 comments:

  1. Sedih bila baca cerita-cerita macam ni.. Yang terlibat pula anak bangsa sendiri..

    ReplyDelete
  2. Encik Anif
    mak abah dan keuarga juga yg dapat mau nanti.

    ReplyDelete
  3. fikir dulu sebelum taip. anak2 muda nowadays main hentam je tulis apa yg terlintas. lebih2 lg kat fb. bnyk betul benda tak senonoh dan bukan2 resurface kat fb sekarang ni.

    hurm...

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.