Widget Random Post No.

Nation: Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dilempar Bom Molotov

Saat-saat pilihanraya umum semakin menghampiri kita, macam-macam berita berkaitan ahli politik akan terpapar di dada-dada akhbar, lebih-lebih lagi di blog-blog politik terutamanya.

Lempar bom molotov ke rumah ahli politik - biasanya - pasti akan bersangkut terus dengan isu politik - motif politik - dan segala politik. Ini sesuatu yang tidak enak, kerana perbuatan ini akan memberi cerminan bahawa Malaysia sebuah negara yang ada "leak" dari aspek keamanan.

JOHOR BAHRU: Kediaman teres dua tingkat Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad di Jalan Kemajuan 20, Taman Universiti di sini, dibaling bom molotov awal hari ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Dzulkefly berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 pagi ketika beliau dan keluarga sedang tidur.

"Kami terjaga (dari tidur) oleh satu bunyi letupan yang kuat, rumah pun bergegar dan apabila saya turun ke bawah saya dapati pintu rumah terbuka serta api sedang marak di tempat letak kereta," katanya.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kereta jenis BMW miliknya rosak teruk manakala kereta Toyota Camry pula mengalami kerosakan pada bahagian depan.

Kerugian dianggar RM300,000 termasuk kerosakan perabot serta kompresor pendingin hawa, katanya.

Dzulkefly, 44, berkata ketika kejadian, beliau bersama isteri serta tiga anak dan kakak iparnya berada di rumah berkenaan.

Beliau yang bekerja sebagai perunding hartanah turut menolak kejadian ada kaitan dengan perniagaan, sebaliknya mendakwa bermotifkan politik.

Sumber: Berita Harian Online
Nation: Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dilempar Bom Molotov Nation: Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dilempar Bom Molotov Reviewed by faizalnizam on February 03, 2012 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.