Widget Random Post No.

World: 4 Tahun Tidur Di Tempat Parking

Secara mudahnya kita panggil sebagai gelandangan. Gelandangan jika didefinisikan sebagai orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap [Kamus Dewan Edisi-4]. Di Singapura seorang wanita muda yang kini berusia 24 tahun telah tinggal di tempat parking sejak 4 tahun yang lalu.

Dia tinggal di situ selepas dihalau keluar rumah oleh ibu bapanya. Wanita yang dikenali sebagai Lulu itu dihalau dari rumah selepas dia menolak jatuh bapanya ketika berlaku satu pertengkaran antara mereka. Bapanya kecewa kerana Lulu tidak mengambil serius hal rumah tangganya.

Lulu berkahwin seawal usia 19 tahun dan bercerai setahun kemudian tetapi dia melahirkan seorang anak perempuan. Dia kembali ke rumah ibu bapanya tetapi dihalau keluar setahun kemudia. Lulu tidak tahan dengan sikap bapanya yang sering memarahinya kerana perkahwinan Lulu yang gagal.

Sumber: AsiaOne News

Aku tidak tahu situasi masalah gelandangan di Singapura, tetapi di negara kita Malaysia gelandangan bukannya sedikit. Soalnya cuma samada kita mahu ambil tahu atau tidak ambil. Masalah gelandangan ini sepatutnya diambil serius oleh kerajaan kerana sebahagian mereka adalah rakyat Malaysia. Jauh lebih teruk malasah gelandangan boleh merosakkan reputasi dan nama baik negara jika tidak ditangani sewajarnya.
World: 4 Tahun Tidur Di Tempat Parking World: 4 Tahun Tidur Di Tempat Parking Reviewed by faizalnizam on February 08, 2012 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.