Lukisan potret gadis Pakistan yang pernah ditembak dikepala oleh tentera Taliban dilelong dalam satu lelongan di New York dan harganya mencecah $102,500 - dan wang lelongan tersebut akan disalurkan untuk tujuan pendidikan wanita di Nigeria.
Pada tahun 2013 lukisan potret tersebut dianggarkan mencecah harga antara $60,000-$80,000. Walau bagaimanapun semasa lelongan tersebut, harganya meningkat naik hanya dalam masa beberapa minit.
Di Malaysia, sistem pendidikan telah tersedia dengan baik (walaupun bukanlah hingga tahap sempurna). Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan pendidikan. Ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah atau kolej atau universiti demi mendapatkan pendidikan yang baik tetapi malangnya ada segolongan pelajar yang tidak menghargai kemudahan pendidikan yang kita miliki di Malaysia.
Sekiranya kita punyai peluang untuk belajar dan mendapatkan pendidikan, teruskan berbuat begitu. Apabila bicara tentang pendidikan, saya mengenang seorang sahabat yang sangat kuat belajar dan kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang Master - Master yang kedua selepas memperoleh Master yang pertama.
Sumber: The Star Online
Pada tahun 2013 lukisan potret tersebut dianggarkan mencecah harga antara $60,000-$80,000. Walau bagaimanapun semasa lelongan tersebut, harganya meningkat naik hanya dalam masa beberapa minit.
Lukisan Potret Malala Yousafzai Kredit: The Star Online |
Malala Yousafzai was born on July 12, 1997, in Mingora, Pakistan. As a child, she became an advocate for girls' education, which resulted in the Taliban issuing a death threat against her. On October 9, 2012, a gunman shot Malala when she was traveling home from school. She survived, and has continued to speak out on the importance of education. She was nominated for a Nobel Peace Prize in 2013, and again in 2014.Malala Yousafzai kini menetap di London dan meneruskan perjuangannya dalam pendidikan terutamanya pendidikan untuk golongan wanita. Seorang gadis sekolah yang dahagakan pendidikan sehingga ditembak kerana kelantangannya demi hak untuk mendapatkan pendidikan sewajarnya diambil contoh dan pengajaran.
Source: bio.
Di Malaysia, sistem pendidikan telah tersedia dengan baik (walaupun bukanlah hingga tahap sempurna). Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan pendidikan. Ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah atau kolej atau universiti demi mendapatkan pendidikan yang baik tetapi malangnya ada segolongan pelajar yang tidak menghargai kemudahan pendidikan yang kita miliki di Malaysia.
Sekiranya kita punyai peluang untuk belajar dan mendapatkan pendidikan, teruskan berbuat begitu. Apabila bicara tentang pendidikan, saya mengenang seorang sahabat yang sangat kuat belajar dan kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang Master - Master yang kedua selepas memperoleh Master yang pertama.
Sumber: The Star Online
Lukisan Potret Gadis Ditembak Taliban Dilelong Pada Harga $102,500
Reviewed by faizalnizam
on
May 17, 2014
Rating:
salam. nice sharing :)
ReplyDeletesalam dan terima kasih.
Delete