Di Moscow, Rusia, monumen berbentuk sebiji botol yang dipenuhi atau diisi dengan bahagian kenderaan yang telah rosak akibat terbabit dalam kemalangan merupakan salah satu usaha untuk memberi kesedaran tentang bahaya memandu dalam keadaan mabuk. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada bahagian kereta yang rosak tersebut adalah bahagian sebenar yang diambil dari kemalangan sebenar.
Monumen tersebut berukuran lebih kurang 12 meter tinggi telah dibina di Krasnopresnenskaya Embankment di Moscow. Cetusan idea membina berpunca daripada kadar kemalangan yang tinggi yang diakibatkan oleh pemandu yang mabuk. Pada tahun 2009 sahaja, pemandu mabuk telah menyebabkan lebih 10,000 kemalangan, membunuh 1,800 orang dan mencederakan lebih 15,500 orang.
Hari ini dengan kemajuan teknologi mobile yang berkembang pesat, telefon pintar telah menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya. Kalau satu ketika dahulu berbual melalui telefon semasa memandu sudah dianggap berbahaya, pemandu zaman sekarang boleh menulis status Facebook atau membalas mesej di Whatsapp atau mengemaskini tweet di Tweeter mereka sambil memandu - ini jauh lebih berbahaya kepada fokus pemanduan telah berkurangan dan beralih arah kepada smartphone.
Mungkin perlu juga dibina sebuah monumen berbentuk telefon pintar yang di dalamnya dipenuhi dengan bahagian kenderaan yang rosak dan remuk akibat daripada nahas jalan supaya pemandu-pemandu di seluruh dunia sedar bahawa mengalih tumpuan kepada telefon pintar semasa memandu adalah suatu tindakan yang tidak pintar sama sekali.
Sumber: MyRussLand

Monumen Anti-Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Moscow, Rusia
![]() | ![]() |
Sumber Gambar: Reddit Image
|
Sumber Gambar: UNP
|
Telefon Pintar Juga Penyumbang Nahas Jalan Raya
Hari ini dengan kemajuan teknologi mobile yang berkembang pesat, telefon pintar telah menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya. Kalau satu ketika dahulu berbual melalui telefon semasa memandu sudah dianggap berbahaya, pemandu zaman sekarang boleh menulis status Facebook atau membalas mesej di Whatsapp atau mengemaskini tweet di Tweeter mereka sambil memandu - ini jauh lebih berbahaya kepada fokus pemanduan telah berkurangan dan beralih arah kepada smartphone.
Mungkin perlu juga dibina sebuah monumen berbentuk telefon pintar yang di dalamnya dipenuhi dengan bahagian kenderaan yang rosak dan remuk akibat daripada nahas jalan supaya pemandu-pemandu di seluruh dunia sedar bahawa mengalih tumpuan kepada telefon pintar semasa memandu adalah suatu tindakan yang tidak pintar sama sekali.
Sumber: MyRussLand
Monumen Botol Setinggi 12-Meter Di Moscow Beri Amaran Bahaya Memandu Dalam Keadaan Mabuk
Reviewed by faizalnizam
on
September 27, 2014
Rating:
![Monumen Botol Setinggi 12-Meter Di Moscow Beri Amaran Bahaya Memandu Dalam Keadaan Mabuk](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4VO1z54g5vLeagzLpadhV4rtWGSf2tFHa6gbpjaFwPVLbQIVIu4GsHNzy-pUm04-Da_Hti24TDcT6w5HSbimhGUJSkmsFEUnijabGx3ZhkdJZH4cXz0qkJr8BDvKtFR2cXmYK8vhkoLY/s72-c/Monument-Against-Drunk-Driving-in-Moscow.jpg)
Eh, cantik pula monumen ni.. Ni da macam gambar kanser pada kotak rokok, mereka buat tak endah.
ReplyDelete