Widget Random Post No.

Pengalaman Menakutkan Wanita 52 Tahun Menyelamatkan Kereta Audinya Daripada Dicuri

Biar putih tulang jangan putih mata barangkali kata-kata yang boleh diungkap kepada seorang wanita berumur 52 tahun di Oldham, Manchester apabila dia melawan dan menghalang seorang pencuri yang cuba mencuri kereta Audinya.

Deborah Smythe bergelut dengan lelaki yang cuba mencuri keretanya selama lebih kurang 2 minit selepas lelaki itu masuk ke tempat duduk pemandu, pada waktu tersebut Deborah sedang membuka penghalang tempat parkir di hadapan firma perniagaannya di Oldham, Manchester pada lebih kurang jam 7.45 pagi waktu tempatan.

Wanita 52 Tahun Bergelut Dengan Pencuri Untuk Menghalang Keretanya Dicuri di Oldham, Manchester


CCTV gimnasium berhampiran telah merakam kejadian tersebut. Ahli keluarganya mendedahkan bahawa Deborah terdesak untuk menghalang keretanya dicuri kerana pasportnya dan sejumlah 700 Euros berada di dalam keretanya yang akan digunakan untuk berlepas ke Tenerife pada sebelah tengahari.

Deborah bergelut dengan pencuri tersebut dalam keadaan kereta bergerak ke hadapan dan ke belakang dalam cubaan pencuri itu melarikan keretanya, Sudah tentu kejadian tersebut boleh mengancam nyawanya, tetapi bak kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal.

Deborah adalah pengarah urusan Greencare UK Ltd di Ripponden Road, Greenacres. Akibat daripada pergelutan tersebut dia mengalami lebam-lebam di bahagian belakang, lutut, tangan dan bengkak di bahagian kepala.

Sumber: Manchester Evening News

Incoming search:
wanita tua melawan pencuri, pencuri kereta, audi putih q3, deborah smythe, manchester, oldham manchester, greater manchester, manchester evening news, video pergelutan dengan pencuri, kejadian luar negara, berita luar negara,
Pengalaman Menakutkan Wanita 52 Tahun Menyelamatkan Kereta Audinya Daripada Dicuri Pengalaman Menakutkan Wanita 52 Tahun Menyelamatkan Kereta Audinya Daripada Dicuri Reviewed by faizalnizam on September 27, 2014 Rating: 5

2 comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.