8 Mac 2014 adalah tarikh yang tidak akan dilupakan dalam sejarah Malaysia. 8 Mac 2015 genaplah 365 misteri kehilangan MH370. Pelbagai pendapat pakar (dan tidak pakar) dikemukakan tentang misteri kehilangan MH370. Bermacam-macam teori dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.
Sekitar 12.41 pagi 8 Mac 2014, Pesawat Boeing 777-200 MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dijadualkan mendarat di Beijing sekitar 6.30 pagi. Selepas 365 hari pesawat itu masih tidak "mendarat" di Beijing dan tidak akan "mendarat" di Beijing untuk selamanya.
Usaha-usaha search and rescue telah dilakukan secara besar-besaran tetapi tidak membuahkan hasil. Tiada mayat ditemui. Tiada secebis dari tubuh badan dari mana-mana penumpang pesawat MH370. Dan kita masih-masih tertanya-tanya, ke manakah pesawat itu? Ke mana?
Kredit: mole.my |
Pada akhirnya diputuskan bahawa misteri MH370 adalah sebuah kemalangan dan semua yang berada di atasnya dianggap telah terkorban (presumed death). Adakah benar tragedi itu sebuah kemalangan atau ada cerita lain disebaliknya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Takziah kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara kepada penumpang dan krew pesawat MH370. Kita berdoa semoga kejadian yang tidak diingini seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Selepas 365 hari dan kehilangan MH370 terus menjadi tanda tanya...
KRONOLOGI MISTERI PESAWAT MH370
Setakat 6.4.2014
8 Mac 2014, 12.41 pagi : Pesawat Boeing 777-200 berlepas dari KLIA. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. Pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
8 Mac 2014, 1.30 pagi : Pesawat MH 370 terputus hubungan radar.
8 Mac 2014 : Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH 370 itu dikesan ialah 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Perairan Laut China Selatan.
8 Mac 2014, 7.24 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan pertama berkenaan kehilangan pesawat MH370.
8 Mac 2014, 11.00 pagi : Sidang media pertama oleh Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
8 Mac 2014, 2.40 petang : Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
8 Mac 2014, 6.28 petang : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa ahli keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 di KLIA
8 Mac 2014, 7.05 malam : Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat MH370 belum ditemui. Operasi mencari diperluas dengan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
9 Mac 2014 , 9.05 pagi : Sidang media oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).
9 Mac 2014, 3.00 petang : Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, tiada laporan terbaharu mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 setakat ini.
9 Mac 2014 : Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.
9 Mac 2014 : Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing, berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang.
9 Mac 2014 : Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sebanyak 22 pesawat serta 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang masih hilang. Antara pesawat yang digunakan ialah milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
9 Mac 2014 : Operasi mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang.
10 Mac 2014 : Keputusan ujian yang dilakukan ke atas tompok minyak berwarna kuning yang ditemui dijangka akan diperoleh.
10 Mac 2014, 8 pagi : Keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing.
10 Mac 2014 : Keputusan ujian makmal ke atas tompok minyak di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370.
11 Mac 2014 : Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka ialah warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delvar Seyed Mohammad Erza, 29 tahun. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayia cuba berhijrah ke Eropah.
14 Mac 2014 : Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata usaha mencari MH370 terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke lautan Hindi.
15 Mac 2014 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal ke Beijing. Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan sewaktu berada dalam satu daripada dua koridor. Dua koridor itu adalah koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.
16 Mac 2014 : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130 (C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
16 Mac 2014 : Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
17 Mac 2014 : Operasi pencarian mutinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
20 Mac 2014 : Satelit Australia mengesan dua objek, dengan satu daripadanya bersaiz 24 meter di Lautan Hindi dianggap petunjuk baharu dan kukuh yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370.
20 Mac 2014 : Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.
22 Mac : Satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
24 Mac : Polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga termasuk keluarga juruterbang MH370.
24 Mac : Pada pukul 10 malam, Datuk Seri Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
25 Mac : Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu mengisytiharkan pesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat dan AAIB
25 Mac : Datuk Seri Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.
25 Mac : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor utara ditamatkan.
25 Mac : Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang MAS itu.
26 Mac : Datuk Seri Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.
26 Mac : Datuk Seri Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.
27 Mac : Datuk Seri Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.
27 Mac : Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.
28 Mac : Datuk Seri Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.
28 Mac : Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting."
29 Mac : Datuk Seri Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar hinggalah kepada keupayaan teknologi. Beliau turut menasihati media, terutama media antarabangsa, agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung kehilangan MH370.
30 Mac : Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas diperiksa.
30 Mac : Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
31 Mac : Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.
31 Mac : Transkrip perbualan terakhir antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong", dikeluarkan.
31 Mac : PM Australia menyokong pandangan Datuk Seri Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.
Kronologi bulan April
1 April : Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualan radiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.
1 April : MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.
2 April : Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.
2 April : Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
2 April : Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370 bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.
2 April : Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.
3 April : Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.
3 April : Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur akan dihentikan mulai 8 April.
3 April : Datuk Seri Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.
3 April : Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.
3 April : Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.
4 April : Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Mad meminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.
4 April : Australia berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.
Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Perth berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.
4 April : Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.
5 April : Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370. Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
5 April : Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.
5 April : Datuk Seri Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.
5 April : Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
6 April : Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.
6 April : Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01
6 April : Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370.
Sumber: penerangan.gov.my
Incoming Search:
setahun mh370, misteri mh370, misteri kehilangan mh370, teori konspirasi kehilangan mh370, 365 hari selepas misteri kehilangan mh370, mh370 satu tanda tanya, mh370 dianggap sebagai kemalangan, kemalangan pesawat mh370, mh370 boeing 777-200, jenis pesawat mh370 adalah boeing 777-200, 8 mac 2015 setahun kehilangan mh370, mh370 hilang pada 8 mac 2014
365 Hari MH370: Setahun Tanpa Kepastian
Reviewed by faizalnizam
on
March 08, 2015
Rating:
Sampai sekarang kawe tak yakin ia hilang. Mcm susah nak percaya. Teori ada dalang disebalik tragedi ni bermain di kepala. Hmmm..
ReplyDeleteberita yg terus menyepi...
ReplyDelete