Widget Random Post No.

Live Streaming Liga Super Malaysia 2015
Perak Lawan Kelantan

As-Salam para pembaca. Semoga berada dalam suasana petang yang tenang lagi menenangkan. InsyaAllah malam ini pertemuan antara The Bos Gaurus dan The Red Warriors akan berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan. Pasukan Kejor Yob Kejor telah mengumpul 7 mata daripada 3 perlawanan (2W1D0L) manakala pasukan Gomo Klate Gomo dengan 6 mata daripada 3 perlawanan (2W0D1L).

TIADA SIARAN LANGSUNG

Perlawanan antara Perak menentang Kelantan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh para peminat kedua-dua pasukan. Sayangnya tiada siaran langsung di kaca televisyen bagi perlawanan ini. Oleh itu hanya mereka yang hadir ke Stadium Ipoh malam ini sahaja akan dapat menyaksikan perlawanan Perak dengan Kelantan.


LIVE STREAMING PERAK vs KELANTAN

Jangan kecewa, jangan kecewa, di laman Facebook Selandang Fan Club, mereka memaklumkan bahawa kelab penyokong The Bos Gaurus akan membawakan live streaming perlawanan Super League Perak vs Kelantan kepada para penyokong kedua-dua pasukan.

Jadi jika anda ada Internet yang power di rumah, ikut pautan ini untuk menonton perlawanan Perak menentang Kelantan secara live streaming. Jika pautan itu broken, maka tidak dapat juga kita menonton perlawanan tersebut.

Tapi tidak mengapa, kita teruskan bagi sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing. Semoga liga bola sepak Malaysia terus bersemarak. Teman berharap bebenor pasukan The Bos Gaurus menang dengan Kelantan malam ini dan terus menang dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Kejor Yob Kejor
Skor Yob Skor


Live Streaming Liga Super Malaysia 2015
Perak Lawan Kelantan
Live Streaming Liga Super Malaysia 2015<br>Perak Lawan Kelantan
Reviewed by faizalnizam on March 06, 2015 Rating: 5

1 comment:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.