![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1Nft_QdlslEYIb8RgDgvvzG6lpm8d2D5kHAjR0y_fHhRxbCni8ER71IXORMZ8ZpQzoGrTzGIY1KoQYFPbPty6GTyIDQrqEw1NBAP0aZlNr-8xlx7evPFt8e61fsD_7qF0vecNNg-pllE/s1600/road.jpg)
Memang diakui dengan keputusan SPM yang bagus, kita boleh diterima masuk ke universiti-universiti yang hebat, tetapi kalau masuk universiti yang kurang hebat atau masuk ke institut pengajian yang lain seperti kolej konvensional, apa pun bezanya? Kita masih berpeluang menuntut ilmu dan belajar bidang-bidang yang kita minati.
SPM ini hanya salah satu persinggahan dalam jalur kehidupan yang panjang (jika Allah panjangkan umur). Kalau kurang berjaya atau keputusan tidak cemerlang, kena mula mencari jalan bagaimana untuk bangkit semula. Yang cemerlang akan ada jalan hidup yang seterusnya dan yang kurang cemerlang juga pun begitu.
Tahniah kepada yang cemerlang kerana usaha anda selama ini telah membuahkan hasil dan anda telah berjaya memberi kegembiraan kepada ibu bapa anda sekaligus sudah boleh berkira-kira ke universiti mana anda hendak melanjutkan pelajaran dan bidang apa yang anda hendak ceburi.
Tahniah juga kepada yang kurang cemerlang kerana Tuhan sedang menunjukkan kepada anda ada jalan-jalan yang sepatutnya anda terokai agar dapat memanfaatkan potensi diri yang ada. Ilmu pengetahuan dan pengalaman boleh diperoleh di mana-mana sahaja.
SPM sudah diketahui keputusannya, maka selamat meneruskan kehidupan.
Incoming Search:
keputusan spm 2014, keputusan spm malaysia, pelajar cemerlang spm 2014, keputusan spm cemerlang, keputusan sijil pelajaran malaysia, kementerian pendidikan malaysia, keputusan spm kurang cemerlang, ibu bapa gembira keputusan spm anak-anak, bunuh diri kerana keputusan spm, spm bukan segala-galanya
Keputusan SPM 2014: Tahniah Kepada Yang Cemerlang dan Kurang Cemerlang
Reviewed by faizalnizam
on
March 05, 2015
Rating:
![Keputusan SPM 2014: Tahniah Kepada Yang Cemerlang dan Kurang Cemerlang](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1Nft_QdlslEYIb8RgDgvvzG6lpm8d2D5kHAjR0y_fHhRxbCni8ER71IXORMZ8ZpQzoGrTzGIY1KoQYFPbPty6GTyIDQrqEw1NBAP0aZlNr-8xlx7evPFt8e61fsD_7qF0vecNNg-pllE/s72-c/road.jpg)
No comments:
appreciating your feedback and response!